Resepi Dapur Malaysia

Resepi Telur Itik Masak Cili Padi

No Comments

Resepi Telur Itik Masak Cili Padi ok ?  Seperti yang kita tahu,masak lemak cili padi amat popular di dalam kalangan rakyat minang kabau atau negeri sembilan.Selain itu,resepi ini sangat sedap dan membuka selera makan kita kerana kuahnya yang pedas dan sangat sedap.

Dengan hanya mendengarnya sahaja sudah membuat kita terliur kan? Apatah lagi jika kita merasainya. Oleh itu,Chef akan ajarkan anda semua cara untuk menyediakan resepi yang superb ini.

telur itik cili padi

bahan-bahan:
10 biji telur itik
1 biji santan pekat
8 ulas bawang merah ^
5 ulas bawang putih ^
halia – secukupnya ^
sedikit kunyit hidup ^
15 atau biji cili padi atau lebih (ikut tahap kepedasan anda) ^
– Blend atau tumbuk kesemua bahan yang bertanda (^) –
3 batang serai – dititik
Belimbing buluh (kalau takde boleh guna asam keping)
2 helai daun kunyit

Cara-cara untuk membuat:
1.Masukkan semua bahan yang telah di blend atau ditumbuk kedalam santan
2.Kemudian masukkan belimbing buluh (kalau xde asam keping)
3.Apabila sudah mendidih masukkan telur sebiji demi sebiji (telur dipecahkan terlebih dulu kedalam mangkuk
dan tuang dengan perlahan-lahan kedalam santan yang sedang mendidih)
4.Masukkan garam serta daun kunyit
5.Timbuk dengan perlahan supaya telur tidak pecah
6.Apabila telur sudah masak,bolehlah ditutup api tersebut dan dihidangkan.

P/s : Resepi Telur Itik Masak Cili Padi lebih sedap jika kuahnya pedas dan pekat.Selain itu jika mahu lebih sedap gunakan belimbing buluh dan bukannya asam keping.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5