Resepi Dapur Malaysia

Resepi Tempe Goreng Berlada

No Comments

Resepi Tempe Goreng Berlada ok ? Perkara yang anda perlu tahu,protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi, ianya mudah dicerna dan baik untuk mengatasi cirit birit justeru dapat elakkan risiko keracunan makanan.Selain itu , tempe juga mengandung zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan sehingga dapat menurunkan tekanan darah.Disamping rasanya yang sedap , tempe juga mempunyai pelbagai khasiat .

tempe goreng berlada

Bahan-bahan:
1 paket tempe – potong kecil-kecil ikut suka
3 batang kacang panjang – potong menyerong panjang dan bersihkan
3 inci lobak merah – potong memanjang kecil dan bersihkan
12 biji cili merah – patah 2 dan bersihkan
4 ulas bawang putih – dikopek dan bersihkan
2 biji bawang besar – dikopek dan bersihkan
Minyak masak secukupnya
garam dan ajinomoto

Cara-cara membuat::
1.Mesinkan cili merah,bawang besar,bawang putih sehingga hancur dan jangan terlampau halus.
2.Panaskan minyak dan goreng tempe sampai kuning dan garing.
3.Angkat tempe kemudian keluarkan minyak dan tinggalkan minyak anggaran 3 sudu makan.
4.Masukkan bahan-bahan yang telah dimesin tadi dan goreng sampai separuh garing kemudian masukkan kacang panjang,lobak merah dan tempe.
5.Akhir sekali masukkan garam dan ajinomoto kemudian suaikan rasanya.

P/s : Resepi Tempe Goreng Berlada lebih sedap jika di goreng dengan lebih garing dan di masak dengan lebih pedas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5