Resepi Dapur Malaysia

Resepi Tenggiri Kukus Lada Hitam

No Comments

Resepi Tenggiri Kukus Lada Hitam ok? resepi tenggiri kukus lada hitam sangat sedap dan mudah untuk dimasak.Selain itu,resepi ini juga sesuai jika dihidangkan pada waktu makan tengahari kerana ianya dapat membangkitkan selera makan setelah penat bekerja.

ikan

Bahan-bahan mentah:
4 ketul isi ikan tenggiri
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 cm halia
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu kecil sos tiram
Jus lemon
Garam – secukup rasa

Cara-cara memasak:
1.Bersihkan semua isi ikan.
2.Potong kesemua jenis bawang,halia kemudian taburkan kedalam pinggan yang sesuai.
3.Susun kesemua isi ikan dan taburkan lagi bawang dan halia di atas isi ikan.
4.Masukkan sos tiram,garam dan serbuk lada hitam kemudian kuukus selama 15 minit atau sampai ianya masak .

P/s:Resepi Tenggiri Kukus Lada Hitam ini tidak perlu ditambah air kerana didalam proses kukus isi ikan akan mengeluarkan jus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5