Resepi Terung Berlada merupakan salah satu makanan pedas tetapi sangat enak dimakan malah menjadi masakan paling disukai ramai kerana khasiat terung.
Bahan-bahan:
3 biji terung (dipotong serong)
4 biji bawang merah (dihiris halus)
3 biji bawang putih (dihiris halus)
2 biji tomato (dipotong dadu)
Segengam ikan bilis (digoreng garing)
2 biji cili merah
10 biji cili padi
Garam
Gula
Sedikit cuka
Minyak untuk menumis
Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan goreng terung , angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga naik bau dan masukkan cili yang telah dikisar.
3.Masak hingga garing dan masukkan garam serta gula .
4.Akhir sekali , masukkan tomato dan cuka .Angkat dan taburkan ikan bilis goreng diatasnya.
P/s:Resepi Terung Berlada ini sesuai dimakan bersama nasi panas dan sup ayam.