Resepi Dapur Malaysia

Resepi Tiramisu Strawberi

19 Comments

Bahan-bahan untuk sirap (4-5 cawan)

150g strawberry filling
80mL air suam
1 sudu kecil gelatin halal
Sedikit parutan kulit lemon

Bahan-bahan lain

250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping/thickened cream
50g gula icing (ditapis)
1 paket biskut tiramisu / lady’s finger
Sedikit buah strawberi segar

Cara-cara

  1. Untuk sirap, campur kesemua bahan dalam periuk kecil dan kacau sebati. Panaskan sebentar di api supaya gelatin larut.
  2. Pukul cream cheese sehingga gebu. Masukkan gula icing dan pukul seketika.
  3. Dalam bekas lain, campurkan whipped dan whipping cream. Pukul sehingga agak pekat dan sebati.
  4. Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan sudu sehingga rata.
  5. Cara untuk melapis: mula-mula letak sedikit sirap, kemudian susun biskut dan letak krim ke atasnya. Ulang sehingga adunan habis. Hias dengan hirisan buah strawberi.
  6. Simpan dalam peti sejuk untuk seketika sebelum dimakan.

Resepi asal oleh Kak Nor (strawberry tiramisu) dan Kak Rabiatun (blueberry tiramisu).

19 comments on “Resepi Tiramisu Strawberi

    • Haah, biskut tu panjang2. Saya potong dan hiris sikit sebab tak nak lapisan merah nampak tebal.

  1. salam amir.. alhamdulillah.. menjadi gak tiramisu strawberry amir ya.. tahniah .. tergoda gak ni.. rasa cam nak buat jer sekali lg 🙂

    • Sedap tiramisu ni cuma layer strawberi saya manis sikit. Maybe next time cuba buat blueberry tiramisu pulak. Terima kasih untuk resepi ni Kak Rabiatun 🙂

  2. Rania Poumin Abdullah

    gelatin, cream cheese, whipped cream, whipping/thickened cream,

    Mana nak dapatkan barang nie..(sorry baru nak belajar buat dessert nie…)

    • Kalau cream cheese, whipped cream dan thickened cream boleh cari kat bahagian produk tenusu (bahagian sejuk) pasaraya. Untuk gelatin, cuba cari kat bahagian kering kat kawasan yang jual barang2 untuk baking.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5