Resepi Dapur Malaysia

Resepi Udang Bakar Berbeku

No Comments

Resepi Udang Bakar Berbeku merupakan salah satu menu popular dari chef.Jom cube , pasti memikat hati anda , jika perasan pasti sukar untuk dijumpai dimana-mana kedai makan kan ? jika ada pon pasti kurang sedap . Lebih baik dibuat dengan menggunakan air tangan sendiri .
udang berkeju
Bahan-Bahan :
600g udang harimau
280g keju
100g mentega
50g bawang putih (dicincang halus)
10g garam
10g serbuk perasa
20g gula
50g susu cair

Cara membuat
1.Belah dua udang harimau.Perapkan dengan bawang putih , garam , serbuk perasa dan gula.Biarkan kira2 15 min.
2.Susun kepingan keju pada bahagian tengah udang diikuti dengan susu cair.
3.Susun udang atas dulang yang disapu mentega dan bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 min.
4.Sedia untuk dihidang.

P/s :Jangan bakar terlalu lama agar kemanisan udang tidak hilang.Boleh lebihkan keju untuk mereka yang sukakan keju.Hidangkan bersama jus oren untuk menaikkan selera anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5