Resepi Dapur Malaysia

Resepi Udang Goreng Cili Bertelur

No Comments

Resepi Udang Goreng Cili Bertelur ok? Resepi ini merupakan hidangan paling terbaru yang Chef pernah masak.Ianya amat istimewa kerana resepi ini adalah kombinasi diantara udang dan juga telur.Selain itu,apabila kombinasi ini terjadi,maka masakan ini akan menjadi lebih pekat,sedap dan juga berlemak.Oleh itu,Chef akan mengajar anda cara-cara untuk memasak hidangan ini.Ianya hanya mengambil masa dalam 25 minit sahaja.

udang cili bertelur

Bahan-bahan yang diperlukan:
10 atau lebih ekor udang
6 sudu makan cili kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
4 biji cili padi – potong
1 biji telur – dipukul sedikit
Sedikit halia
Sos tiram
Sos cili
Cuka
Minyak bijan
Garam
Gula

Cara-cara membuat :
1.Kisarkan kesemua halia, bawang besar , bawang putih kemudian tumiskan kesemuanya bersama cili kisar sampai cili tersebut benar-benar masak dan garing kemudian cincang halus sahaja bawang dan halia.
2.Masukkan semua bahan lain, kecuali telur ,apabila sudah cukup rasa, masukkan udang kedalam kuali kemudian tutup kuali tersebut supaya udang cepat masak.
3.Bila udang dah masak, angkat keluar udang dari kuali dan letakkan dalam pinggan, kemudian tuangkan telur di atas udang.
4.Masukkan cili padi kemudian pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacaulah dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos.
5.Kacau telur sehingga sebati dan tutuplah api
6.Sedia untuk dihidangkan

P/s : Resepi Udang Goreng Cili Bertelur lebih sedap jika anda siram kuah sos di atas udang yang telah dikeluarkan tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5