Resepi Dapur Malaysia

Resepi Udang Kam Heong

No Comments

Resepi Udang Kam Heong merupakan kepelbagaian resepi dalam masakan udang dan resepi ini sangat mudah dan lazat sesuai untuk semua masayarakat Malaysia.

image

Bahannya
500 gram ekor udang segar saiz besar
4 ulas bawang putih (dicincang)
2 biji bawang besar (dipotong dadu)
1/2 inci halia (dihiris nipis)
4 biji cili padi (dipotong kecil)
2 biji cili besar merah (dipotong)
2 sudu besar udang kering(dicincang kecil)
1 sudu rempah kari daging(dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu besar sos tiram
5 helai daun kari
Gula dan garam
Sedikit minyak untuk menumis

1.Panaskan minyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar dan halia , cili padi dan cili besar.
2.Apabila naik bau wangi , masukkan udang kering dan goreng seketika.
3.Kemudian , masukkan pes kari dan sos tiram , udang kering dan daun kari , perasakan dengan garam dan gula sesedap rasa.
4.Goreng sehingga udang masak dan sedia untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Udang Kam Heong sesuai dihidangkan bersama nasi putih .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5