Resepi Dapur Malaysia

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas

No Comments

Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas ok? Resepi udang masak lemak nenas jarang dijumpai kerana tidak semua orang rajin dan pandai untuk membuat hidangan ini.Jika ada pun hanya dijumpai di majlis-majlis perkahwinan sahaja dan majlis besar sahaja.

Oleh itu,Chef ingin mengajar anda semua cara-cara untuk memasak hidangan yang superb ini.Yang pastinya,Chef jamin pasti anda semua akan terpukau dengan kelazatan hidangan ini.

udang cili padi neneas

Bahan utama:
Setengah kilo udang segar

Bahan-bahan untuk ditumbuk lumat (kalau malas nak kisar pon boleh):
4 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 setengah inci kunyit hidup
20 biji cili padi (atau ikut tahap kepedasan anda)

Bahan-bahan penyedap:
garam
gula
2 batang serai
1 biji santan segar
setengah biji nenas – dipoting kecil (jangan kecil sangat)

Cara-cara untuk memasak:
1.Bahan yang dikisar perlulah dimasukkan kedalam kuali atau periuk (ikut suka)
2.Masukkan nenas,santan dan serai kemudian masak sehingga nenas tersebut lembut
3.Perlu kacau kuah sentiasa supaya tak pecah minyak
4.Masukkan gula dan garam secukupnya
5.Masukkan udang selama 2 hingga 3 minit.
6.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Udang Masak Lemak Cili Padi Nenas sangat sedap.Jika mahukan ianya lebih sedap kita tidak boleh biarkan udang tersebut terlalu lama diatas dapur kerana udangnya akan keras.Maksimum hanya 3 minit sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5