Resepi Dapur Malaysia

Resepi Umai Kaki Ayam

No Comments

Resepi Umai Kaki Ayam ok? Selain dimasak sup dan rendang,kaki ayam juga boleh dimasak umai.Resepi ini sangat sedap kerana terdapat rasa yang pedas,masam dan sedikit manis di dalamnya.Resepi ini juga merupakan resepi yang unik kerana Chef pon jarang mendengarnya.Setelah Chef dapat tahu dan cuba untuk memasaknya barulah Chef tahu bahawa resepi ini sangatlah sedap,ianya boleh dimakan bersama nasi mahupun dirantah begitu sahaja.Oleh itu,Chef ingin kongsikan resepi ini bersama anda semua.

umai kaki ayam

 

Bahan-bahan:
1 kiloi kaki ayam – direbus dan dihiris kasar ambil isi je
3 biji setengah bawang besar – dihiris nipis
2 batang serai – dihiris halus
20 biji cili padi nak lebih pon boleh – dihiris halus
5 biji Limau kasturi – ambil jusnya
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
1.Masukkan kaki ayam yang sudah dihiris ke dalam mangkuk bersama hirisan serai dan cili padi.
2.Kemudian masukkan garam secukup rasa serta perahan limau kemudian gaulkan sehingga sebati dan perap selama sejam.
3.Setelah diperap selama sejam,bolehlah dimakan.

P/s : Resepi Umai Kaki Ayam lebih sedap jika dimasak pedas dan diperap dengan lebih lama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5