Resepi Dapur Malaysia

Resepi Ungkep Ayam

No Comments

Resepi Ungkep Ayam ok ? Ungkep ayam amat mudah untuk di masak berbanding rendang, ini kerana anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari santan terutamanya pada musim perayaan.Selain itu,bahan utama yang diperlukan juga tidaklah terlalu sukar untuk di dapati,ianya boleh dijumpai di kawasan perumahan anda sahaja.Oleh itu,Chef ingin kongsikan resepi yang superb ini bersama anda.Sila rujuk di bawah untuk mencuba resepi ini.

ungkep ayam

Bahan-bahan basah:

Setengah ekor ayam – potong 12

Bahan yang perlu di tumbuk halus:
Sebiji bawang besar
6 ulas bawang putih
15 biji cili padi (nak banyak pon boleh)
halia dan kunyit hidup secukupnya
Jintan manis dan jintan putih secukupnya

^Gaulkan ayam bersama bahan yang ditumbuk halus sehingga sebati kemudian perap selama satu jam^

Bahan-bahan lain:
2 batang serai – dititik
Air asam jawa – secukupnya
Gula dan garam – secukupnya

Cara-cara memasak:
1.Tumiskan serai sehingga naik bau dan pastikan api kecil ye.
2.Masukkan ayam bersama-sama bahan perapan tadi dan tambah sedikit air.
3.Tutup kuali dan biarkan ianya mendidih.
4.Bila sudah garing, masukkan sedikit air asam jawa dan ayam.
5.Biarkan kuah sampai pekat dan ayam empuk.
6.Kalau kuah sudah kering, masukkan lagi sedikit air.
7.Akhir sekali,bila ayam sudah empuk dan kuah sudah pekat, masukkan garam serta gula secukup rasa.

P/s : Resepi Ungkep Ayam lebih sedap jika diperap dengan lebih lama.Akan tetapi,jangan terlalu lama kerana takut ianya beruap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5