Resepi Dapur Malaysia

Resepi Vadai

1 Comment

Resepi Vadai merupakan kuih yang sangat sedap dan popular dikalangan bangsa india malah menjadi kuih kegemaran semua penduduk di Malaysia tidak kira bangsa dan agama . Justeru , sangat sedap dan terlalu mudah untuk disediakan.
Kuih-Vadei
Bahan-bahan:
4 cawan kacang dal (rendam 4 jam)
4 biji bawang besar (dicincang halus)
2 biji cili merah (dicincang halus)
2 biji cili hijau (dicincang halus)
3 tangkai cili kering (dicincang halus)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk kasar)
2 tangkai daun sup & daun bawang (dicincang halus)
1 tangkai daun kari (dicincang halus)
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Serbuk perasa

Cara membuat:
1.Tinggalkan 1/2 cawan kacang dal , selebihnya dikisar dengan telur dan masukkan sedikit air (1 senduk kecil saja).
2.Campurkan semua bahan yabg dikisar dengan 1/2 cwn kacang dal dan semua bahan yg lain dalam 1 bekas gaul sebati.
3.Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat , masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng
hingga kekuningan.

P/s :Resepi Vadai boleh dimakan semasa minum pagi dan petang.Lebih sedap dan amat menarik jika dihidang bersama air teh tarik .

One comment on “Resepi Vadai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5