Resepi Dapur Malaysia

Resepi Wantan

No Comments

Resepi Wantan merupakan makanan kegemaran bangsa Cina di Malaysia tetapi telah menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia kerana keenakkannya.Selain enak , resepi ini juga mudah disediakan.

image

Bahan-bahan:
250gm tepung gandum
80gm tpg ubi/tepung jagung
210-220ml air panas air
Sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

Cara membuat adunan doh:
1.Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam dan juga minyak masak dalam satu bekas.
2.Kemudian masukkan air panas , sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
3.Uli hingga sebati kemudian biarkan sebentar selama 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.

Bahan-bahan inti:
2 keping dada ayam
12 ekor udang dibuang kulit
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar kicap cair
1 biji lobak (dipotong dadu kecil)
Sedikit daun bawang (dipotong halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus/ditumbuk halus)
Garam
Gula
1 biji bawang merah (dipotong dadu)
2 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit lada sulah/lada hitam
Lada besar (dipotong kecil-kecil)
Sebiji telur ayam (dipukul dahulu)

Cara membuat:
1.Kisar ayam dan udang yang telah dibuang kulitnya hingga hancur.
2.Masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa.
3.Masukkan telor , lada sulah , minyak bijan, sos tiram dan semua sayur-sayuran dan kacau seketika.

Cara membuat wantan:
1.Panaskan periuk pengukus.
2.Tabur tepung jagung atas papan pencanai.
3.Uli doh dan buat bentuk mengikut citarasa (boleh juga menggunakan penekap karipap).
5.Lapik wantan dengan plastik untuk mengelakkan ia melekat pada periuk kukusan.
6.Kukus wantan selama 5-10 minit.

P/s:Resepi wantan ini boleh dimakan dengan menggunakan 2 cara samaada dimasak bersama sup atau digoreng dan dicicah dengan sos thai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5