Resepi Dapur Malaysia

Resipi Biskut Tart Nenas Keju

No Comments

Resepi Biskut Tart Nenas Keju ok?resipi asal adalah tart nenas tetapi telah diolah dan ditambah bahan sehingga terjadinya tart nenas keju.Tart nenas keju amat sedap dan lazat kerana didalamnya terdapat rasa yang unik.Disebabkan oleh kombinasi antara nenas dan keju.Mari kita cuba!

Cheddar Cheese big

Bahan-bahan:
300 gm tepung gandum.
175gm butter.
30gm gula castor.
2 biji kuning telur.
100gm keju – diparut.
1 sudu susu serbuk.
inti nenas secukupnya (beli yang dah siap je).

Bahan sapuan (topping atas tart):
2 biji kuning telur.
keju parut secukupnya.

Cara-cara membuat:
1.Pukul butter dengan gula sehingga rata.
2.Masukkan satu persatu kuning telur dan keju mudian pukul sehingga rata.
3.Campurkan susu serbuk,tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga rata dan lembut.
4.Ambil sedikit adunan,leperkan dan masukkan inti nenas.Bentukkannya menjadi bebola.
5.Sapu atas kuih dgn telur kuning dan taburkan keju secukupnya.
6.Bakar hingga masak,pada suhu 170.
7.Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

P/s:Resepi Biskut Tart Nenas Keju Lebih sedap jika keju dan nenasnya lebih banyak atau padat (ikut suka,kalau takut biskut pecah isi cukup-cukup sahaja).Jangan terlalu tinggi suhunya kerana  takut biskut tersebut hangus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5