Resepi Dapur Malaysia

Resipi Maggi Goreng Mamak

No Comments

Resipi Maggi Goreng Mamak ok? Selain maggi kari rebus, maggi goreng mamak juga merupakan hidangan yang ringkas yang boleh di masak di rumah.Selain ringkas, menu ini juga sangat sedap dan boleh dinikmati pada bila-bila masa sekalipon.Oleh itu,Chef ingin kongsikan resepi yang ringkas dan semestinya sedap ini.

maggie goreng mamak

Bahan-bahan:
1 paket maggie kari
2 telur

Untuk membuat kuah:
Sos cili life secukupnya
Sos tomato secukupnya
Kicap pekat secukupnya

Untuk membuat perencah:
Sedikit tauhu goreng
Sedikit daun sawi
Sedikit tomato yang dipotong 4
Maggi cukup rasa secukupnya
5 ekor udang

Cara-cara membuat:
1.Rebus dahulu maggie didalam periuk sehingga sedikit lembut kemudian toskan.
2.Panaskan sedikit minyak di dalam kuali.
3.Kemudian masukkan sos cili,sos tomato dan telur.
4.Setelah agak sebati,masukkan maggi dan serbuk perencah maggi kari.
5.Kemudian,masukkan udang,sawi,tomato,tauhu dan taburkan maggi cukup rasa.
6.Kacau bahan-bahan yang telah di goreng tersebut sehingga sebati dan telur tersebut menjadi ketul-ketulan kecil.
7.Biarkan seketika dalam 5 minit sehingga udang kemerahan dan masak.
8.Jika sudah rasa okay bolehl;ah dihidangkan.

P/s : Resepi Maggi Goreng Mamak akan menjadi lebih sedap jika anda perahkan sedikit limau dan jika ingin cantik lagi susunkan cili besar yang telah di potong di tepi pinggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5