Resepi Dapur Malaysia

Resipi Maggie Bakar Cheese

No Comments

Resepi Maggi Bakar Cheese ok ? Resepi ini amat digemari oleh semua lapisan masyarakat,terutama sekali bagi penggemar cheese.Resipi ini lebih kurang seperti lasagna kerana cara masakannya lebih kurang sahaja.Selain itu,rasanya juga lebih kurang sama kerana rasanya yang pedas,manis dan juga masam.Jika anda ingin mencuba resipi ini,sila rujuk dibawah.

maggi cheese bakar

Bahan-bahan:
Sebungkus maggi Mi Goreng (kari)
Air panas secukupnya
2 sudu teh Maggi Cukup Rasa
Cheese secukupnya
2 biji telur
Maggi Sos Tomato

Cara-cara membuat:
1.Panaskan oven selama 5 minit.
2.Rebuskan sepeket maggi di dalam periuk sehingga lembut dan jangan terlalu kembang.
3.Satukan mi bersama perencah dan taburkan 2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa dan gaul sampai sebati.
4.Padatkan mi di dalam loyang dan pecahkan telur dalam bekas berasingan dan perasakan dengan 1 sudu teh maggi cukup rasa sampai sebati.
5.Tuangkan ke dalam loyang,kemudian taburkan cheese mozarella.
6.Akhir sekali,bakar selama 10 minit atau sehingga permukaan sedikit garing.
7.Bolehlah dihidangkan bersama sos tomato dan mayonis jika suka.

P/s : Resepi Maggi Bakar Cheese lebih cantik jika anda taburkan sedkit cili flake dan persley di atasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5