Roti Naan Berkeju

roti nan berkeju

Roti naan berkeju pasti disediakan di mana-mana kedai mamak. Apa kata hari ini chef ajar buat sendiri? Jom buat roti naan cheese ikut resepi di bawah.

Bahan-Bahannya:

  • 375 gram tepung gandum
  • 125 gram tepung naik sendiri
  • 125 ml plain yogurt
  • 1 sudu kecil serbuk yeast
  • 250 ml air suam
  • 1 sudu besar mentega/marjerin atau minyak masak
  • 1 sudu besar gula
  • sedikit garam

Bahan Topping:

  • 50 gram cheddar cheese – parut halus
  • 50 gram mozarella cheese
  • 1 sudu teh gula pasir

*Satukan semua

Cara Penyediaannya:

1. Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul/berbuih.

2. Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata.

3. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat-bulatkan untuk diperam seketika (hingga doh kembang dan gebu).

5. Canai doh hingga leper dan taburkan toping. Canai doh lain, tindihkan dan canai semula.

6. Bakar dalam kuali tanpa minyak dengan api kecik. Enak dimakan bersama kuah kari atau ayam tandoori.

Selamat mencuba resepi roti naan berkeju ini. Share kan resepi ini kepada orang lain sekali!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *