Sambal Tumis Daging

sambal tumis daging

Santai di hujung minggu bersama keluarga, apakah agaknya menu tengah hari ini?  Apa kata kita masak sambal tumis daging ala mamak ini.  Pasti membuka selera apabila dimakan bersama nasi putih yang masih panas. Jom kita belajar masak sambal tumis daging mengikut resepi di bawah ini.

Bahan-Bahan:

  1. Daging dipotong-potong anggaran 3 genggam
  2. Bawang besar merah 3 labu (kisar)
  3. Bawang putih 3 ulas (kisar)
  4. Cili boh 3 sudu besar
  5. Serai 1 batang (diketuk)

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak secukupnya.
  2. Tumiskan bawang2 yang dikisar + serai sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh dan tumis sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan secawan air.
  5. Masukkan daging dan kacau sekejap.
  6. Apabila minyak mula kemerahan, masukkan air sehingga sama aras daging.
  7. Perlahankan api sehingga kuahnya pekat. Masukkan gula, garam dan perasa mengikut citarasa.

Selamat menjamu selera dengan hasil masakan anda sendiri!

Jangan lupa share sekali resepi sambal tumis daging ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *