Sambal Tumis Kerang

sambal tumis kerang
Tips untuk menjadikan sambal tumis kerang ini sedap ialah menggunakan bawang besar yang banyak. Rasa sambalnya pula mestilah menepati citarasa iaitu cukup rasa manisnya, masinnya, pedasnya, dan lemaknya. Bagi membangkitkan rasa seimbang manis dan lemak dalam masakan ini, admin gunakan gula perang. Sambal akan rasa lebih sedap sekiranya kita gunakan gula perang dicampur dengan gula putih dalam masakan.
Bahan-bahan:
  • 600 gram isi kerang rebus
  • 2 biji bawang besar – dihiris bulat
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar pati asam jawa
  • 2 helai daun limau purut – dicarikkan
  • 2 sudu besar gula perang
  • Gula putih secukupnya (sebagai tambahan kepada gula perang)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis
Bahan-bahan dikisar:
  • 4 senduk nasi cili kering kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci panjang kunyit hidup
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan

Cara Penyediaannya:

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, pati asam jawa, gula perang, gula putih dan garam. Kacau rata dan biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan kerang diikuti dengan bawang besar dan daun limau purut. Kacau sebati dan perlahankan api. Biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga kuah menjadi sedikit pekat dan bersalut dengan kerang.
  4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Sangat enak sambal tumis kerang ini dan pastinya keluarga anda akan berasa puas memakannnya bersama-sama!

Jangan lupa share resepi ini ya.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *