Samosa Sayur

Pastri berbentuk poket segi tiga ini berintikan sayuran pedas atau daging cincang berkari yang merupakan snek India yang popular. Ia boleh dijadikan makanan ringan juga sesuai dijadikan hidangan majlis koktel.

Bahan-bahan (8-10 orasamosa sayurng):

DOH

  • ¾ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan semolina (suji)
  • ¼ sudu the garam
  • Secubit serbuk penaik
  • 30 gram (2 sudu besar) minyak sapi / mentega / lemak sayuran

INTI SAYURAN

  • 3 sudu besar minyak
  • 1 kubis bunga sederhana besar – dikidar (2 cawan)
  • 1 biji kentang direbus – dilenyek kasar ( ½ cawan)
  • 1 cm halia segar – dikisar
  • ½ sudu the serbuk cili merah
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu the jintan putih – dipanggang dan digiling
  • ¼ sudu the serbuk mangga kering
  • 1 sudu besar kismis – dicincang
  • 1 sudu besar gajus – dicincang
  • 2 biji cili hijau – dibuang biji dan dihiris
  • ¼ sudu teh gula

 

 

KANDUNGAN NUTRISI (setiap bahagian)

  • Tenaga 210.26 kalori
  • Protein 2.69 g
  • Karbohidrat 10.82 g
  • Lemak 17.35 g

 

Cara-cara:

  1. Ayak tepung, semolina, garam dan serbuk penaik di dalam mangkuk. Masukkan minyak sapi/mentega/lemak sayuran dan gaul. Tambah beberapa sudu besar air sejuk untuk menjadikan doh kental. Uli selama 5-7 minit sehinggga doh menjadi lembut dan elastik. Tutup doh dan ketepikan selama 30 minit atau lebih sementara membuat inti.
  1. Untuk membuat inti, panaskan 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali. Tutup api. Kemudian, masukkan halia, garam, serbuk cili merah, jintan putih dan serbuk mangga kering.
  1. Buka semula api, kemudian masukkan gajus. Masak beberapa saat dan kemudian masukkan kentang. Kacau beberapa saat, kemudian masukkan kubis bunga. Kacau sehingga sekata. Masukkan gula dan cili hijau.

4. Tutup dan masak dengan api perlahan sehingga kubis bunga masak. Boleh tambahkan pedas jika               mahu. Kemudian ketepikan.

  1. Bulat-bulatkan doh menjadi sebesar lemon. Kemudian gelek menggunakan pengggelek hingga menjadi bulatan nipis. Potong dua bulatan tersebut. Sapukan sedikit air pada sepanjang bahagian tepi yang lurus. Kemudian bentukkan menjadi kon dan tindihkan sedikit bahagian tepi yang lurus itu, kemudian picit supaya bercantum kuat. Isi 2/3 kon dengan inti (lebih kurang 1 sudu besar untuk setiap kon). Rapatkan untuk menutup bahagian yang terbuka.

6. Goreng dengan banyak minyak dengan kepanasan sederhana sehingga kuning keemasan. Biarkan            api dalam keadaan sederhana selama 8-10 minit supaya ia masak sekata. Tuskan minyak dengan              tisu dapur dan hidang suam bersama cutni pudina atau cutni asam jawa.

 

TIP:  Jangan sesekali goreng samosa dengan api yang terlampau panas dan menggoreng 8-10 keping sekaligus untuk satu-satu masa. Jika terlampau panas, kulit samosa akan segera menjadi perang tapi belum benar-benar masak di dalam.

Jangan lupa share resepi ini setelah anda berjaya mencubanya!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *