Resepi Dapur Malaysia

Serunding Daging

No Comments
serunding daging
Resepi serunding daging ini susah untuk ditemui pada hari-hari biasa kerana selalunya dijumpai ketika musim perayaan. Jom kita belajar resepi ini sama-sama.
Bahan-Bahan:
  • 1 kg daging – direbus hingga empuk dan disiat
  • 1 liter santan
  • 20 biji cili kering – dikisar
  • 2 biji bawang besar – dikisar
  • 3 ulas bawang putih – dikisar
  • 3 cm lengkuas – dikisar
  • 2.5 cm halia – dikisar
  • 5 batang serai – dikisar
  • 100gm serbuk ketumbar
  • 100gm serbuk jintan manis
  • Jus asam jawa secukupnya
  • 50gm kerisik
  • Gula secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaannya: 

1. Rebus daging sehingga empuk, kemudian disiat halus.2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar bersama serbuk jintan manis dan ketumbar sehingga pecah minyak.

3. Masukkan santan dan daging. Kacau di atas api perlahan sehingga rata.

4.  Bila sudah agak pekat, masukkan kerisik, gula dan garam secukup rasa. Gaul hingga sebati sehingga kering.

5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat menjamu selera dengan serunding daging ini. Kongsikan sekali resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5