Resepi Dapur Malaysia

Siakap Masam Manis

No Comments
siakap-masam-manis
Resepi siakap masam manis ini asalnya dari bahagian Timur Negara Cina tetapi melalui arus moden telah mengubah resepi ini berbagai-bagai mengikut selera masa kini.
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan siakap
  • 1 1/2 cawan air rebusan tulang atau daging
  • 3 biji cili merah
  • 1 biji buah tomato-dipotong dadu
  • 1 biji timun-dipotong panjang 2 inci
  • 2 keping nenas-dipotong kiub
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 labu bawang besar-dimayang bulat
  • 3 sudu sos tomato
  • 3 sudu tomato puri
  • Garam dan gula secukup rasa
Untuk Hiasan:
  • Daun Sup
  • Daun Salad
  • Daun Bawang


Cara Penyediaan:

1. Ikan siakap digoreng hingga masak.
2. Tumiskan bawang puteh hingga garing,kemudian masukan tomato puri dan sos tomato,tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian masukan air rebusan ayam atau tulang.
4. Apabila mendidih masukan bawang besar,cili merah,timun,nenas,garam,gula dan perasa.
5. Setelah masak tuangkan keatas ikan siakap tadi.
6. Masukan bahan hiasan tadi.

Selamat mencuba dan jangan lupa share resepi siakap masam manis ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5