Sira Pisang Nangka

sira pisang nangka
Resepi sira pisang nangka memang sedap dan sesuai dihidangkan untuk seisi keluarga. Memandangkan sekarang ini bulan Ramadhan, hidangan ini amat sesuai untuk dimakan sewaktu sahur mahupun berbuka puasa. Bahan-bahannya juga tidak susah untuk dicari.
Bahan-bahannya:
  • 1 sikat pisang
  • Gula secukupnya – ikut manis disukai
  • Secubit garam
  • Beberapa kuntum bunga cengkih
  • 1 helai daun pandan – simpul
  • Sedikit pewarna kuning
Cara Penyediaannya:
  1. Pisang dibelah 2 atau dipotong nipis nipis. (jangan terlalu nipis)
  2. Masak air dengan gula dan daun pandan sehingga gula hancur dan mendidih.
  3. Masukkan sedikit garam, bunga cengkih dan pewarna.
  4. Akhir sekali, masukkan pisang. Masak dengan api perlahan sehingga pisang lembut dan air gula kelihatan pekat berkilat.
  5. Bolehlah diangkat dan disejukkan. Sedap dimakan sejuk sejuk sebaik dikeluarkan dari peti sejuk. Boleh juga dimakan bersama dengan ais batu.

P.S. Sekiranya mahu makan dengan laici atau cocktail, kuahnya boleh dihirup begitu sahaja. Sira pisang ini juga sesuai dimakan pada waktu sahur untuk hilangkan kering tekak semasa berpuasa pada siang hari.

Selamat mencuba resepi sira pisang nangka ini. Share sekali resepi agar ramai lagi boleh mencubanya!

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *