Resepi Dapur Malaysia

Sotong Kangkung

No Comments

sotong kangkung

Resepi sotong kangkung sangat sedap untuk dihidangkan buat satu keluarga. Anak-anak dan suami pasti sukakan masakan ini. Senang sahaja cara penyediaannya. Jom ikut resepi chef di bawah.

Bahan A:

1. 1 mangkuk kecil sotong kurita/stotong kembang (dipotong kecil)
2. 1/2 ikat kangkung
3. 1 bungkus fishcake (dipotong)
4. 1 bungkus fishball (dipotong)
5. Air secukupnya
6. Sedikit minyak
7. Garam secukup rasa

Bahan B:

1. *10 tangkai cili kering (digoreng tanpa minyak)
2. *Sedikit lada hitam
3. *6 ulas bawang merah
4. *3 ulas bawang putih
5. 1/2 ketul gula melaka
6. Gula secukupnya
7. Garam secukup rasa
8. Sedikit air asam jawa
9. Sedikit tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)
10. Minyak untuk menumis
11. Bahan tumis (1 ulas bawang putih dan bawang merah-hiris)
12. Kacang tanah secukupnya

Cara Penyediaannya:

1. Kacang tanah disangai dan ditumbuk separuh hancur.
2. Blend bahan B bertanda * sehingga halus.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga kekuningan.
4. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak, masukkan gula melaka, gula pasir (jika tak cukup manis), air asam jawa dan garam secukup rasa.
5. Kacau sampai rata dan biarkan mendidih.
6. Tuangkan bancuhan tepung jagung tadi untuk memekatkan kuahnya.

Celurkan Bahan A:

1. Masukkan air dalam periuk dan panaskan hingga mendidih.
2. Masukkan sedikit garam dan minyak, celurkan kangkung sekejap dan toskan.
3. Celurkan fishcake dan fishball sebentar dan toskan.
4. Celur/rebus pula sotong kurita/sotong rendam hingga masak dan toskan.

Selamat menjamu selera dengan hidangan sotong kangkung ini. Semoga masakan ini dapat menyelerakan satu keluarga anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5