Resepi Dapur Malaysia

Resepi Sotong Masak Lemak Padang

No Comments

Resepi Sotong Masak Lemak Padang ok? Seperti yang semua tahu bahawa sotong biasanya dimasak sambal tumis dan juga digoreng rangup.Tidak dapat disangkal lagi bahawa sotong amat sedap jika dimasak sambal tumis.Akan tetapi,apa salahnya jika sekali sekala menukar menu harian bukan?

Kali ini, Chef ingin ajarkan cara untuk memasak resipi Sotong Masak Lemak Padang yang dipetik daripada resipi Pak Engku. Bukan sahaja semudah 1,2,3 , malahan mampu membuat anda semua menjilat jari.

sotong lemak padang

Bahan-bahan:
1 kilo sotong – dibasuh bersih dan dipotong
4 biji bawang besar – dibelah 4
2 biji tomato – dibelah 4
2 batang serai – diketuk
4 biji ubi kentang – dibelah 4
3 sudu teh minyak untuk menumis
1 biji santan segar
air secukupnya
garam secukupnya

Bahan yang perlu dikisar:
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
2 inci halia
10 tangkai cili merah atau ikut tahap kepedasan

Cara-cara membuat:
1.Panaskan minyak didalam kuali
2.Kemudian tumiskan bahan yang telah kisar atau ditumbuk halus sehingga naik bau dan terbit minyak
3.Lepastu,masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong , santan dan juga air
4.Kacau sehingga sebati
5.Akhir sekali, renihkan dan kecau sekali sekala supaya santan tidak pecah minyak atau berniji.

P/s : Resepi Sotong Masak Lemak Padang lebih sedap jika dimakan ketika ianya masih panas.Selain itu,resepi ini juga boleh dimakan bersama roti dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5