Sotong Sumbat Pulut

sotong sumbat pulut

Bagi anda yang berasal dari negeri Terengganu, juadah sambal sotong sumbat pulut pastinya antara menu wajib disediakan pada Aidilfitri. Jika anda baharu pertama kali terdengar menu ini, apa kata cubalah resipi istimewa ini.

Bahan-bahan:

  • 500 gram sotong
  • 1 cawan beras pulut – direndam selama sejam
  • Bawang besar, bawang putih, sedikit halia  dan cili kering – dikisar
  • Hirisan bawang bawang besar
  • Dua sudu cili sos
  • Dua sudu kicap sos ABC
  • 1 kotak santan paket kecil
Cara Menyediakannya:

  1. Masukkan beras pulut ke dalam perut sotong.
  2. Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi, tumis sehingga naik minyak. Selepas itu, masukkan santan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan sotong yang telah disumbat dengan beras pulut tadi. Tutup kuali supaya beras pulut tadi cepat masak.
  5. Angkat dan sudah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resepi sotong sumbat pulut ini dan ringan-ringankan tangan anda untuk share juga!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *