Sup Tulang

sup tulang

Sup tulang paling sedap dan mudah untuk dihidangkan buat keluarga anda. Sila take note, jika anda gunakan tulang yang tak direbus dari awal, masa yang diperlukan untuk memasaknya menjadi lebih lama kerana ingin tunggu tulang menjadi empuk. Ketika merebus, tulang akan mengeluarkan minyak, buih dan kotoran. Buang kesemua itu dengan sudu.

Bahan-bahannya:

  • 1 kg tulang lembu – direbus hingga empuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 batang lobak merah – dipotong dadu
  • 1 batang celery – dihiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji kentang – dipotong dadu
  • 1 biji tomato – dipotong dadu
  • 3-4 biji cili padi – dihiris
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar – dihiris
  • 1 pakej kecil rempah sup (2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • daun sup dan daun bawang – dihiris
  • air rebusan tulang secukupnya
  • bawang goreng – ditabur
  • garam secukup rasa

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek
  • 1 batan karot
  • 1/2 batang lobak merah

Bahan sambal kicap

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan

Cara Penyediaannya:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Kisar karot, celery dan leek dalam mangkuk lain.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
  4. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, dan bawang besar yang telah dihiris hingga harum dan garing.
  5. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dikisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
  6. Masukkan lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
  7. Masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing.
  8. Bila semua sudah garing, masukkan tulang dan air rebusan tulang. Kacau sekejap dan biarkan merenih.
  9. Masukkan lada sulah, garam, kentang dan lobak. Masak hingga kentang empuk.
  10. Masukkan juga cili padi, daun sup, batang celery dan bawang goreng.
  11. Kacau sebentar dan tutup api.
  12. Akhir sekali, satukan semua bahan sambal kicap dan kisar.

Selamat mencuba resepi sup tulang ini. Hirup sup hangat semestinya menjadi makanan paling sesuai dimakan pada waktu malam hari yang dingin.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *