Resepi Dapur Malaysia

Talapia Merah Bakar Berempah

No Comments

Talapia Merah Bakar Berempah ok?  Resepi ini sangat mudah untuk dibuat kerana tidak memerlukan bahan yang sukar dicari,bahan yang diperlukan terdapat di kawasan sekeliling anda sahaja.Selain itu,cara untuk memasak hidangan ini sangat mudah dan ringkas,ianya hanya memakan masa dalam 30 minit sahaja.Disamping mudah,resepi ini juga sangat sedap kerana terdapat rasa pedas,manis dan juga berlemak.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan ini adalah:

talapia bakar berempah

 

Bahan-bahan:
2 ekor ikan talapia merah – disiang dan dibersihkan
Daun pisang / aluminium foil – secukupnya
8 biji bawang merah^
5 ulas bawang putih^
1 inci halia^
1 inci lengkuas^
3 batang serai – dikisar bersama bahan yang bertanda (^)
5 sudu besar cili kisar (nak kurang atau lebih pon xpe)
2 sudu makan serbuk kari
1 helai daun kunyit – dihiris
3 helai daun limau purut – dihiris
1 sudu kecil pes asam jawa – adabi atau ape2 je
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuat:
1.Bersihkan ikan tersebut dahulu dan letakkan ketepi
2.Bersihkan daun pisang
3.Kemudian tumiskan kesemua bahan yang telah dikisar sampai naik bau
4.Lepastu,masukkan cili kisar , serbuk kari serta pes asam jawa.
6.Perasakan garam dan gula secukupnya kemudian Kacau dan tutup api.
7.Selepas siap , gaulkan ikan talapia bersama ikan tadi sehingga rata kemudian balutkan ikan bersama daun pisang.
8.Kemudian susun ikan yang telah dibalut tadi diatas loyang yang sudah dialas dengan aluminium foil dan titiskan sedikit minyak dan bakar.
9.Selepas siap bakar kesemuanya bolehlah dihidangkan bersama apa jua hidangan sekalipon.

P/s : Resepi Ikan Talapia Merah Berempah lagi sedap jika anda perahkan sedikit jus limau diatasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5