Tandoori Kurau

tandoori kurau

Resepi tandoori kurau sangat enak untuk dimakan lebih-lebih lagi ketika berbuka puasa. Memandangkan bulan Ramadan tidak lama lagi, mari kita sama-sama cuba resepi ini.

 

Bahan-Bahan:

  • 3 keping ikan kurau
  • 1 biji limau purut
  • 1 sudu besar halia (dicincang halus)
  • 2 biji bawang putih (dicincang halus)
  • 5 sudu besar yoghurt
  • 1 sudu kecil serbuk cili 10 gm serbuk ketumbar
  • 10 gm jintan halus
  • Setangkai daun ketumbar (dipotong halus)
  • Garam dan lada hitam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi

Cara Menyediakannya:
1.    Gaul bawang putih, halia, yoghurt, serbuk cili, rempah, garam dan lada hitam dalam sebuah mangkuk.
2.    Ikan kurau dibersihkan dan perap sekurang-kurangnya tiga jam.
3.    Setelah itu, sapu sedikit minyak sapi dan panggang selama 15 hingga 20 minit.
4.    Hidangkan bersama roti atau nasi.

Selamat mencuba resepi tandoori kurau ini di rumah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *