Resepi Dapur Malaysia

Teh Hijau (Green Tea)

No Comments

teh hijau (green tea)

Penyelidik menyatakan bahawa kedua-dua bahan yang terdapat di dalam teh hijau iaitu catechins dan kafein dipercayai bertanggungjawab untuk meningkatkan metabolisme dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obesiti. Jom kita belajar cara-cara untuk membuat air teh hijau ini mengikut resepi di bawah.

Bahan bahan:
– Seuncang teh hijau
– Sebiji lemon
– Sesudu madu
– Air kosong / air mineral

Cara Penyediaannya:
– Rendam seuncang teh hijau dalam segelas air panas dan biarkan seketika
– Hiris sebiji lemon dan masukkan ia ke dalam sebiji botol
– Larutkan sesudu madu ke dalam segelas teh hijau tadi
– Isikan air kosong sehingga separuh botol
– keluarkan uncang teh hijau dan ketepikan
– Masukkan teh hijau bersama madu tadi ke dalam botol berisi lemon
– Isi air kosong / air mineral sehingga penuh sebotol
– Tutup botol dan goncangkan ia perlahan lahan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibiarkan sejuk

Teh hijau anda sudah siap untuk diminum. Sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan.

Jangan lupa share cara-cara untuk menyediakan teh hijau ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5