Telur Bistik

telur bistik

Resepi telur bistik. Jemu masak ayam dan ikan di rumah? Jom, chef ajar anda resepi telur bistik, bukan telur goreng biasa kerana special betul. Jika terlambat bangun pagi, telur bistik ini boleh jadikan sebagai sarapan anda. Paling penting, memang sedap dan mudah.

Bahan-bahannya:

  • 3 biji telur grade A
  • ayam atau daging – dicincang dadu
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang kecil
  • 1/2 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • frozen mixed vegetables
  • sedikit lada hitam
  • sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaannya:

  1. Masukkan telur, ayam atau daging dan tomato ke dalam satu mangkuk. Kacau sehingga berbuih.
  2. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Goreng telur dengan minyak panas. Perlahankan api dan tutup kuali selama 1 minit.
  4. Pusingkan telur dan tutup semula dengan penutup periuk. Biarkan selama 1 minit. Lepas itu, padamkan api.
  5. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  6. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, dan sayur-sayuran.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Adjust sehingga dapat rasa seimbang.
  8. Tuangkan kuah di atas telur yang telah digoreng tadi.

Selamat mencuba resepi sedap ini. Jangan lupa share sekali rahsia untuk buat telur bistik ini dengan rakan-rakan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *