Tomyam Ayam

tomyam ayam

Resepi tomyam ayam sangat sedap lagi senang caranya, kuahnya pekat lagi pedas dan masam memang menyengat. Pasti anak-anak akan hirup kuahnya sampai habis. Lagi seronok buat tomyam ayam di rumah sendiri. Kalau tak percaya, jom chef ajarkan resepi sedap ini.

Bahan-bahannya:

  • 1 pakej perencah tomyam
  • 1 kiub pati tomyam maggi
  • 1 kiub pati ayam maggi
  • 4 biji tomato
  • 6-7 cili padi
  • 3 batang serai
  • 4 daun limau purut
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 biji bawang besar
  • lengkuas atau halia
  • ayam / udang / sotong
  • bunga kubis
  • carrot
  • gula
  • penyedap rasa
  • perencah secukupnya

Cara Penyediaannya:

  1. Kisar 2 ulas bawang merah, 1 batang serai, 1 1/2 tomato, dan 3 cili padi.
  2. Masukkan air untuk buat kuah.
  3. Masukkan bahan kisar tadi ke dalam kuali dan masukkan juga 1 pakej perencah tomyam.
  4. Masukkan carrot sampai setengah empuk.
  5. Bila sudah, masukkan lebihan cili, serai yang dititik, halia yang dihiris, bawang besar, gula, garam, pati ayam, pati tomyam dan perencah secukup rasa.
  6. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram. Kacau sehingga mendidih.
  7. Bila sudah mendidih, masukkan ayam / udang / sotong, bunga kubis, tomato dan daun limau purut.
  8. Rasa-rasa sedikit bila sudah sedap tutup api.

Mudah sahaja kan?

P.S. Anda boleh gantikan ayam dengan sotong atau udang atau boleh juga tambahkan semua. Sesuaikan dengan selera anda. Tambahkan 2 sudu sos cili dan 2 sudu sos tiram bagi membuat rasa lebih sedap.

Selamat mencuba resepi tomyam ayam ini di rumah.

[WD_FB id="1"]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *