Top Makan-makan Expert Award – Oh Malaysia

Semalam berlangsungnya acara DiGi WWWOW Awards 2011 khusus untuk pengguna internet yang diadakan di Pentas 1, KL Performing Arts Centre (KLPac). Memandangkan saya berada di Adelaide, jadi saya mewakilkan ibu bapa saya untuk menghadiri event tersebut.

Pengumuman pemenang untuk Top Makan-makan Expert award.
Gambar oleh PlacesAndFoods.com (tersenarai dalam top 6).

Oh Malaysia yang tersenarai dalam top 6 Top Makan-makan Expert berjaya merangkul anugerah tersebut. Secara jujurnya, saya tak menaruh harapan tinggi untuk menang kategori ini memandangkan calon-calon lain seperti Dapur Tanpa Sempadan juga berpeluang untuk menang. Lagipun Oh Malaysia ni masih baru dalam bidang masakan dan review makanan.

Setiap kategori dapat hadiah yang berbeza-beza mengikut sponsor. Apa-apapun kategori yang ditaja oleh Nuffnang paling lumayan hadiahnya. Kategori Top Makan-makan Expert ditaja oleh DiGi. Hadiahnya ialah trofi, smartphone HTC Incredible S dan broadband DiGi.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada kawan-kawan SHAH Pekan & Adelaide, kawan-kawan blogger, Facebook & Twitter dan pembaca semua yang vote Oh Malaysia. Tahniah juga untuk semua pemenang dan yang tak menang boleh cuba lagi tahun depan. Untuk lihat senarai penuh pemenang DiGi WWWWOW Awards, boleh layari blog Amanz.my. Anwar Hadi bolot 3 anugerah semalam iaitu Blogger of the Year, Must Follow Personality dan Video of the Year.

37 Comments

Leave a Reply to Amir Said Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.