Resepi Dapur Malaysia

Tortilla Wrap Ayam Panggang

No Comments

tortilla wrap ayam pangggang

Resepi tortilla wrap ayam panggang sememangnya sedap dan tidak susah pun untuk disediakan. Jom cuba resepi ini mengikut cara-cara di bawah.

Bahan-bahannya:

Bahan untuk wrap:
  • 6 keping roti tortilla
  • Mayonis
Bahan untuk ayam panggang:
  • 2 keping ayam bahagian dada
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam- kisar kasar
  • 1 biji bawang putih- parut halus menjadi pes
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 2 sudu besar minyak zaitun
Bahan untuk salad:
  • Kubis ungu- hiris sederhana nipis
  • Daun salad- hiris sederhana kecil
  • Ceri tomato- dibelah dua
  • Karot- diparut kasar
  • 1/2 batang timun
Bahan untuk kuah salad:
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 3 sudu besar madu
  • 3 sudu besar perahan jus lemon
  • Secubit garam
  • Sedikit serbuk kasar lada hitam
Cara Penyediaannya:
Cara-cara untuk ayam panggang:
  1. Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
  2. Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
  3. Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua-dua belah bahagian ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.
Cara-cara untuk salad:
  1. Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
  2. Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.
Cara untuk balutan salad (tortilla wrap):
  1. Panaskan roti tortilla di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
  2. Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.

*Tips:

  • Rendam dahulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik) untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.

Selamat mencuba menyediakan tortilla wrap ayam panggang ini! Rasanya sangat enak dan pasti menyelerakan semua yang menjamunya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5