Udang Masak Masala

udang masak masala

Sukakan masakan seafood? Hari ini chef akan ajar anda masak hidangan udang masak masala yag sememangnya menyelerakan.

Bahan-Bahannya:

  • 300 gm udang
  • 1 biji buah tomato – dihiris
  • 1 biji bawang besar – dimayang
  • 1 batang kulit kayu kulit manis
  • 2 tangkai bunga lawang
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 sudu besar minyak
  • 1 sudu besar serbuk kari daging
  • 1 sudu besar serbuk cili jenama BABAS
  • 1/2 cawan air
  • 6 biji bawang putih – ditumbuk lumat
  • 2 cm halia – ditumbuk lumat

Cara Penyediaannya:

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang, kayu kulit manis, bunga lawang dan daun kari sehingga bawang garing dan berbau wangi.

2. Kemudian, masukkan bawang putih serta halia dan goreng lagi sehingga garing.

3. Masukkan air, serbuk kari dan serbuk cili serta bahan perasa. Kacau sehingga rata.

4. Akhir sekali masukkan udang serta hirisan buah tomato. Kacau bahan hingga masak. Hidangkan.

Udang masak masala ini sangat sedap dihidangkan untuk seluruh keluarga anda. Share sekali ya resepi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *