Resepi Dapur Malaysia

Udang Masak Serai

No Comments

udang masak serai wangi

Kali ini chef akan kongsikan dengan anda resepi Udang Masak Serai yang sedap. Jangan risau, cara untuk menyediakannya tidak sukar dan bahan-bahannya juga tak banyak digunakan. Lauk yang dihidangkan ini untuk keluarga anda pasti menjadi lebih bermakna. Hanya ikut resepi yang simple di bawah ini.

Bahan-bahannya:

  • 600 gm udang harimau – digoreng setengah masak
  • 4 batang serai
  • 100 gm cili kering
  • 100 gm bawang merah
  • 100 gm cili merah
  • 70 gm bawang putih
  • 70 gm halia muda
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • 30 gm belacan bakar
  • 100 gm pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaannya:

1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4. Masukkan pati santan dan udang.
5. Masak hingga naik bau.

Selamat mencuba resepi udang masak serai ini di rumah dan jangan lupa share sekali agar ramai lagi boleh mencuba masakan udang masak serai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 2 3 4 5