Author: Cik Nam

  • Air Soda Herba Penyejuk Tekak Yang Bikin Ketagih.

    Air Soda Herba Penyejuk Tekak Yang Bikin Ketagih.

    Minuman bergas adalah salah satu minuman yang sentiasa menjadi pilihan ramai.

    Namun kali ini , ianya disediakan dengan beberapa campuran bahan lain dan sehingga menjadi kegemaran ramai kerana rasanya yang sedap.

    Air ini pernah menjadi viral pada satu ketika dahulu dan masih menjadi piihan ramai apabila tibanya bulan puasa.

    Resipi Air Soda Herba Penyejuk Tekak

    Bahan-bahan:

    Aiskrim soda

    1 tin Laici atau laici segar

    Asam boi

    Daun pudina

    Lemon

    Serai

    Cara Penyediaan

    1. Cuci bersih daun pudina dan serai. Kemudian ketuk serai menggunakan lesung.

    2. Hiris lemon mengikut ketebalan yang disukai. Boleh perahkan juga sedikit jus lemon ke dalam jag.

    3. Masukkan daun pudina dan serai yang sudah diketuk tadi. Kemudian masukkan juga asam boi, buah laici dan sedikit air batu.

    4. Akhir sekali, masukkan air aiskrim soda sehingga penuh jag.

    5. Kacau semua bahan. Tuangkan ke dalam cawan dan sedia untuk diminum bersama keluarga tercinta.

    Tip

    • Gunakan bahan -bahan yang segar agar airnya lebih segar dan memberikan khasiait kepada tubuh.
    • Jangan gunakan ais yang banyak kerana ia mampu mempengaruhi rasa air .
    • Untuk yang sukakan air yang lebih masam boleh perahkan lebih air lemon kedalam minuman.
    • Selain daripada lemon , boleh juga gunakan limau nipis dan limau kasturi mengikut selera masing – masing.

    Salah satu menu air yang perlu dicuba dan rasailah keenakkannya yang tidak terkata terutama sekali kepada mereka yang sukakan air masam dan juga berherba.

  • Kek Batik Paling Mudah Tetapi Lazat

    Kek Batik Paling Mudah Tetapi Lazat

    Kek Batik adalah salah satu pencuci mulut yang sangat popular di Malaysia dan seluruh dunia.

    Bahannya terdiri daripada biskut Marie yang dilapisi dengan campuran coklat, susu, dan bahan-bahan lain.

    Rasanya yang kaya dan manis menjadikan kek batik ini sebagai hidangan yang digemari oleh semua golongan.

    Berikut adalah resepi Kek Batik yang mudah dan sedap!

    Bahan-bahan

    • 1 bungkus biskut Marie (lebih kurang 250g)
    • 200g mentega (atau marjerin)
    • 1 cawan susu pekat manis
    • 1/2 cawan susu cair
    • 3 sudu besar serbuk koko
    • 1/2 cawan serbuk sawanah koko
    • 1/4 cawan air panas

    Cara Penyediaan

    1. Sediakan Biskut Marie:

    • Pecahkan biskut Marie menjadi kepingan-kepingan kecil (jangan terlalu hancur, biarkan ia dalam bentuk pecahan kasar).
    • Ketepikan biskut yang telah dipatahkan.

    2. Membuat Lapisan Coklat:

    • Dalam periuk, cairkan mentega dengan api sederhana.
    • Setelah mentega cair, masukkan susu pekat manis, susu cair, serbuk koko, dan serbuk sawanah ke dalam periuk. Kacau rata hingga semua bahan sebati dan tidak bergentel.
    • Tambahkan sedikit air panas untuk mencairkan adunan, kemudian kacau lagi sehingga adunan menjadi licin dan sedikit pekat. Pastikan suhu adunan tidak terlalu panas agar biskut tidak lembik apabila dicampurkan.

    3. Campurkan Biskut dan Coklat:

    • Angkat periuk dari api dan biarkan sedikit sejuk.
    • Masukkan biskut Marie yang telah dipatahkan tadi ke dalam adunan coklat. Kacau rata supaya setiap kepingan biskut disaluti dengan coklat.

    4. Menyusun Kek Batik:

    • Sediakan loyang atau bekas pembakar (biasanya 8 inci x 8 inci) dan alas dengan kertas minyak atau plastik supaya kek mudah dikeluarkan nanti.
    • Tuang campuran biskut dan coklat ke dalam loyang. Tekan-tekan sedikit agar ia padat dan rata.
    • Jika suka, boleh taburkan sedikit serbuk kok sawanah atau kacang cincang di atasnya untuk hiasan.

    5. Dinginkan dan Siap Dihidang:

    • Biarkan kek batik sejuk pada suhu bilik terlebih dahulu, kemudian simpan dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman untuk mendapatkan hasil yang lebih padat dan sejuk.
    • Setelah kek batik sejuk dan keras, keluarkan dari loyang dan potong mengikut saiz yang diinginkan.

    Tips:

    • Untuk tekstur yang lebih lembut, pastikan tidak terlalu banyak air semasa mencairkan campuran coklat. Coklat harus pekat dan cukup untuk melapisi biskut dengan sempurna.
    • Boleh tambahkan kacang, buah kering, atau kismis untuk variasi rasa yang pelbagai.
    • Kek batik lebih sedap apabila disimpan dalam peti sejuk selama beberapa jam atau semalaman supaya ia lebih padat dan penuh dengan rasa.

    Selamat mencuba resepi Kek Batik yang mudah dan pasti memikat selera!

  • Resepi Ayam Masak Merah

    Resepi Ayam Masak Merah

    Ayam Masak Merah adalah hidangan popular dalam masakan Melayu yang kaya dengan rasa pedas, manis, dan masam.

    Resepi ini selalunya disediakan di majlis kenduri kahwin dan keraian yang lainnya kerana sangat digemari ramai.

    Berikut adalah resepi Ayam Masak Merah yang mudah dan sedap.

    Bahan-bahan:

    Bahan Utama:

    • 1 ekor ayam (dipotong kepada 8-14 bahagian)
    • Minyak masak secukupnya
    • 1/2 cawan air
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar gula merah (atau gula pasir)
    • 1 sudu kecil garam (atau secukup rasa)
    • 2 helai daun limau purut (dicarik-carik)
    • 1 batang serai (diketuk)

    Bahan Untuk Kisar:

    • 2 biji bawang besar
    • 4 ulas bawang putih
    • 10 biji cili kering ( kurangkan jika tidak suka pedas)
    • 1 inci halia

    Cara Penyediaan :

    1. Sediakan Ayam:

    • Cuci bersih ayam yang telah dipotong. Toskan dan perasakan dengan sedikit garam serta kunyit.
    • Goreng ayam dalam minyak panas hingga separuh masak (keemasan).

    2. Menyediakan Sos:

    • Kisar bawang besar, bawang putih, lada kering dan halia sehingga menjadi pes yang halus.
    • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis pes yang telah dikisar tadi hingga wangi dan keemasan, lebih kurang 3-5 minit.

    3. Masak Ayam:

    • Setelah pes tumisan masak sepenuhnya , masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali.
    • Kacau rata ayam dengan pes .
    • Tambahkan sos tomato, gula merah, garam, dan daun limau purut dan masukkan sedikit air.
    • Biarkan ia mendidih selama 10-15 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya dan kuahnya sedikit pekat.
    • Tambah perasa atau bahan lain sehingga puas hati.

    5. Menghidang:

    • Setelah ayam masak dengan sempurna dan kuahnya sebati, angkat dan hidangkan.
    • Ayam masak merah boleh dinikmati dengan nasi putih panas atau nasi minyak.

    Tips:

    • Anda boleh tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat, tetapi pastikan rasa kuahnya seimbang antara masin dan manis.
    • Jika suka lebih pedas, tambahkan lebih banyak cili merah atau cili padi dan sebaliknya.
    • Ayam masak merah ini juga boleh disajikan dengan acar dan papadom untuk penambah selera.
    • Daging dan udang juga boleh dimasak dengan menggunakan resepi ini.

    Selamat mencuba resepi Ayam Masak Merah yang pasti enak dan menyelerakan!

  • Resepi Ikan Masak Taucu Anti  Gagal

    Resepi Ikan Masak Taucu Anti Gagal

    Ikan Masak Taucu adalah hidangan yang terkenal dalam masakan Melayu, yang mana resepi ini menggunakan taucu sebagai bahan utama dalam menghasilkan kuah yang sedap dan menyelerakan.

    Masakan ini sebenarnya boleh menaikkan selera dan sangat mudah untuk disediakan.

    Berikut adalah resepi untuk membuat Ikan Masak Taucu.

    Bahan-bahan:

    • 1 ekor ikan besar(boleh guna ikan merah, ikan siakap, atau ikan kembung)
    • 2 sudu besar taucu
    • 1 biji bawang besar (dihiris halus)
    • 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
    • 1 inci halia (dihiris nipis)
    • 2 biji cili merah (dihiris serong)
    • 2 biji cili hijau (dihiris serong)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • 1 biji tomato (dipotong wedges)
    • 1/2 cawan air
    • 1 sudu besar gula
    • Garam secukupnya
    • 2 sudu besar minyak untuk menumis

    Cara Penyediaan :

    1. Sediakan Ikan:

    • Bersihkan ikan dan potong ikut saiz yang sesuai. Jika menggunakan ikan besar, boleh dipotong kepada beberapa bahagian. Tidak perlu dipotong jika ikan kecil seperti ikan kembung atau pelaling.
    • Gaulkan ikan dengan sedikit garam bersama serbuk kunyit dan goreng sekejap dalam minyak panas hingga ikan separuh masak (berwarna keemasan). Angkat dan ketepikan.

    2. Menyediakan Kuah Taucu:

    • Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, dan serai yang telah diketuk hingga wangi.
    • Masukkan taucu dan kacau rata. Biarkan ia sekejap sehingga taucu dan semua bahan sedikit garing.
    • Tambahkan cili merah dan cili hijau. Tumis lagi seketika.
    • Masukkan air dan tomato yang telah dipotong. Kacau rata dan biarkan ia mendidih selama beberapa minit sehingga kuah sedikit pekat.

    3. Masak Ikan:

    • Setelah sos mendidih dan rasa cukup, masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali. Pastikan ikan terendam dalam sos taucu.
    • Tutup kuali dan biarkan ikan masak selama 5-7 minit dengan api sederhana. Pastikan ikan masak sempurna dan menyerap rasa dari sos taucu.
    • Perasakan dengan garam dan gula. Sesuaikan rasa masin dan manisnya mengikut selera.

    Tips:

    • Anda boleh menambah sayur-sayuran seperti kacang panjang atau timun untuk variasi yang lebih menarik.
    • Jika mahu rasa lebih pekat, tambah sedikit lagi taucu atau kurangkan jumlah air.
    • Jika tidak suka pedas, boleh kurangkan jumlah cili dan sebaliknya.
    • Untuk menghilangkan rasa tidak enak pada masakan berasaskan makanan laut boleh tambahkan air perahan limau nipis atau air asam jawa.

  • Resepi Nasi Kerabu Original Kelantan

    Resepi Nasi Kerabu Original Kelantan

    Nasi Kerabu adalah hidangan tradisional dari Malaysia yang terkenal di negeri Kelantan .

    Nasinya berwarna birunya kerana dimasak dengan air rendaman bunga telang.

    Nasi ini biasanya disajikan dengan lauk-pauk seperti ayam percik, ikan goreng, atau telur masin, serta pelbagai sayur-sayuran , budu dan sambal.

    Berikut adalah resepi nasi kerabu yang mudah dan lazat.

    Bahan-bahan:

    Untuk Nasi Kerabu:

    • 2 cawan beras (cuci bersih)
    • 10 helai bunga telang (untuk pewarna biru)
    • 2 helai daun pandan (ikat simpul)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • 2 cawan air (untuk memasak nasi)
    • 1 sudu kecil garam

    Untuk Sambal Tumis:

    • budu
    • 2 biji cili merah
    • 2 biji cili padi (optional, jika suka pedas)
    • 2 ulas bawang putih
    • 1 inci belacan
    • 1 sudu besar gula merah
    • 1/2 sudu besar garam
    • 2 sudu besar minyak untuk menumis

    Untuk Ulam-ulaman:

    • Daun kesum (secukupnya)
    • Daun selom (secukupnya)
    • Timun (dipotong halus)
    • Kacang panjang (dipotong halus)
    • Kubis (dipotong halus)

    Untuk Kelapa goreng

    • Kelapa Parut
    • Isi ikan kembung rebus
    • Bawang Besar
    • Bawang Putih
    • Halia
    • Garam dan gula secukupnya.

    Untuk Lauk (pilihan):

    • Ayam percik
    • Ikan goreng
    • Telur masin yang direbus

    Cara-cara:

    1. Menyediakan Nasi Kerabu:

    • Nasi warna biru: Rendam bunga telang dalam sedikit air panas (lebih kurang 1/4 cawan) hingga airnya bertukar warna biru pekat. Tapis air bunga telang dan ketepikan.
    • Masak nasi: Masukkan beras yang telah dicuci dalam periuk bersama daun pandan dan serai dan tambahkan air bunga telang yang telah direndam tadi
    • Masak nasi seperti biasa (guna periuk nasi elektrik atau secara tradisional dengan periuk biasa).
    • Setelah nasi masak, biarkan ia sejuk sedikit sebelum dihidangkan.

    2. Menyediakan Sambal Tumis

    • Tumbuk bahan-bahan: Dalam lesung, tumbuk cili merah, cili padi, bawang putih, dan belacan hingga halus. Jika tidak ada lesung, boleh kisar menggunakan blender.
    • Tumis sambal: Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk hingga wangi. Tambahkan budu dan seikit gula. Kacau rata dan masak selama 2-3 minit. Tambahkan sedikit air jika perlu mengikut selera masing- masing.

    3. Ulam-ulaman:

    • Potong semua bahan ulam-ulaman seperti daun kesum, daun selom, timun, kacang panjang, dan kubis halus-halus. Semua bahan ulam ini memberikan kesegaran pada nasi kerabu.

    Menyediakan Kepala Goreng

    • Kisar bawang besar , putih , halia , cili padi dan isi ikan yang sudah direbus.
    • Tumis tanpa minyak sehingga kering dan masukkan kelapa parut sehingga kering dan siap untuk dihidangkan.

    4. Menghidang Nasi Kerabu:

    • Letakkan nasi kerabu di atas pinggan, taburkan ulam-ulaman di atasnya.
    • Sediakan lauk-pauk seperti ayam percik, ikan goreng, atau telur rebus sebagai pelengkap hidangan.
    • Akhir sekali, letakkan sedikit sambal tumis dan budu di atas nasi kerabu untuk memberi rasa yang menyelerakan.

    Tips:

    • Untuk membuat nasi kerabu yang lebih berwarna-warni, anda boleh menggunakan beberapa pewarna alami seperti daun pandan atau kunyit untuk menghasilkan nasi dengan warna hijau atau kuning.
    • Nasi kerabu juga lebih sedap jika dimakan bersama dengan sambal pedas dan lauk yang berlemak seperti ayam percik atau ikan goreng.
    • Gunakan kepala muda yang diparut untuk rasa yang lebih sedap dan berlemak.
    • Bunga telang lebih berkhasiat jika direndam dengan air biasa sahaja.Elakkan merebus bungan telang agar khasiatnya tidak hilang.
    • Ulaman yang digunakan wajiblah segar agar rasa nasi kerabu lebih enak dan menyelerakan dan semua jenis ulam sesui dicampur dengan nasi kerabu mengikut selera masing-masing.
    • Nasi kerabu tidak sesuai dimakan dengan lauk yang berkuah dan semua jenis lauk yang dibakar sesuai dihidangkan bersama nasi kerabu.

    Selamat mencuba resepi nasi kerabu yang penuh dengan rasa dan warna!

  • RESEPI SHELLOUT PALING MUDAH

    RESEPI SHELLOUT PALING MUDAH

    Resepi shellout adalah hidangan yang popular di Malaysia, yang biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut yang dimasak dengan bebrapa rempah dengan aroma yang menyelerakan.

    Makanan laut seperti udang, ketam, sotong, dan kerang dimasak dalam satu periuk besar bersama rempah ratus dan sos yang lazat.

    Berikut adalah resepi shellout yang mudah dan enak:

    Bahan-bahan:

    • 500g udang (boleh guna udang saiz sederhana atau besar)
    • 500g ketam (potong kepada dua bahagian)
    • 500g sotong (dipotong bulat)
    • 500g kerang
    • 2 biji jagung (dipotong 4 bahagian)
    • Brokoli ( potong ikut kesesuaian)
    • 1 batang serai (diketuk)
    • 1 biji limau nipis (perah jus)

    Bahan Sos Shellout:

    • 2 sudu besar mentega
    • 3 sudu besar minyak masak
    • 1/2 cawan sos tiram
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 3 sudu besar serbuk kari
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
    • 1 inci halia (dihiris nipis)
    • 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
    • 1/2 cawan air
    • Garam dan gula secukup rasa

    Cara Penyediaan :

    1. Sediakan bahan-bahan:
      • Cuci bersih semua makanan laut dan perasakan dengan sedikit garam dan perahan jus limau nipis. Ketepikan.
      • Potong jagung dan brokoli mengikut selera masing-masing.
    2. Menyediakan sos shellout:
      • Dalam sebuah kuali besar, panaskan sedikit minyak
      • Tumis bawang besar, bawang putih, dan halia hingga wangi dan keemasan.
      • Masukkan serbuk kari dan serbuk cili, kacau rata dan biarkan ia masak selama 1-2 minit.
      • Tambahkan sos tiram, sos tomato, dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan ia mendidih.
      • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
    3. Masak makanan laut dan sayuran:
      • Masukkan ketam dan sotong terlebih dahulu ke dalam kuali dengan sos. Masak selama 5-7 minit.
      • Kemudian, tambahkan udang dan kerang, masak seketika hingga udang bertukar warna menjadi merah jambu.
      • Masukkan pula jagung dan brokoli lalu kacau rata.
      • Biarkan semua bahan masak dengan api sederhana hingga sayuran lembut dan sos meresap dengan sebati
    4. Sajikan:
      • Setelah semua bahan masak sempurna dan sos pekat, angkat dan sajikan di atas meja. Hidangkan dengan nasi panas atau roti sebagai pilihan.

    Tips:

    • Untuk mendapatkan rasa yang lebih enak , boleh tambah sedikit serbuk lada hitam atau rempah lain mengikut selera masing – masing.
    • Jika suka rasa pedas, boleh tambahkan cili padi lebih banyak semasa penyediaan makanan.
    • Selain daripada nasi putih , mantau juga sesuai untuk dihidangkan bersama Shellout ini.

    Selamat mencuba resepi shellout yang penuh rasa ini!