Makan-makan

Buffet Ramadhan di Palace of the Golden Horses

Pada 17 Julai 2012, saya telah dijemput oleh Palace of the Golden Horses untuk merasa sendiri hidangan buffet istimewa mereka sempena bulan Ramadhan di Carausel International Coffeehouse. Buffet Ramadhan yang dinamakan ‘Lambaian Desa’ ini menyajikan 250 hidangan yang pastinya memikat selera anda, boleh rambang mata dibuatnya. Paling saya suka ialah hidangan dessert. Memang tip top!

Berbuka dengan kurma dulu. 🙂

Ada sambal belacan, sambal tempoyak, cencaluk, budu, kicap pedas dan banyak lagi!

Laksa Johor dan Mee Kari Nyonya

Nasi Ayam Palace

Kambing bakar dan daging bakar Al-Sayed

Pelbagai jenis keropok

Potongan buah-buahan segar

Harga untuk buffet ini ialah:

  • RM98++ untuk dewasa
  • RM68++ untuk senior citizens (60 tahun dan ke atas)
  • RM48++ untuk kanak-kanak (5-12 tahun)
  • Buffet percuma untuk seorang sekiranya anda membayar dengan harga penuh untuk 4 orang.

3% daripada hasil keuntungan akan disumbangkan kepada Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri di Dengkil, Selangor. Jadi sambil berbuka puasa kita beramal jariah. Anda juga boleh menghubungi En. Shukry (019-6539701) untuk menderma.

Bon appétit

Carausel International Coffeehouse ada sijil halal ye. Jangan ragu-ragu kalau nak berbuka puasa di sini. Saya sertakan sedikit maklumat mengenai restoran ini.

Carausel International Coffeehouse (LG level),
Palace of the Golden Horses,
Jalan Kuda Emas, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.

Tel: 603-8946 4888
Email: fnbreservation@pgh.mines.com.my
Facebook: http://www.facebook.com/PalaceOfTheGoldenHorses

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

8 Comments

  1. i am so disappointed with the service side.i have to wait almost 1hour to sattle the bill.im standing at the counter like a horse!at the end I found the bill still wrong!this is my bad experience being with 5* hotel.
    we ending with a night mare.!
    those out there..BE CAREFULL!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close