AyamResepi Sedap

Resepi Ayam Bakar BBQ Sedap

Resepi BBQ Ayam Bakar Sedap? Resepi ini dijamin sedap sehingga menjilat jari. Anda pasti dipuji oleh rakan sehingga koyak seluar. Hehe. Jom cuba resepi Ayam Bakar BBQ sedap ini mudah dan senang disediakan.resepi ayam bakar bbq

Bahan-Bahan Masakan:
  • 2 Kg ayam segar dibasuh
  • 1 biji bawang holland
  • 5 biji bawang putih
  • Sedikit halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 2 batang serai besar
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • Garam secukup rasa
  • 4 sudu besar gula
Cara-cara Memasak:
  1. Potong ayam yang sudah dibasuh mengikut kesukaan anda. Boleh potong empat, potong 16 atau potong 32. Jika potongan tersebut besar-besar, cucuk ayam guna garpu supaya perapan lebih cepat menyerap dan ayam lebih cepat masak. Kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Blend semua bahan di atas sehingga lumat. Jangan letak terlalu banyak air. Pastikan letak 3 cubit garam kedalam kisaran tersebut supaya rasa ayam nanti tidak lari.
  3. Masukkan bahan-bahan yang di blend tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut selama 12-36 jam di dalam peti ais sejuk. Bukan Peti Ais Sejuk Beku Ya..( lagi lama ayam diperap lagi sedap itu!)
  5. Bakar ayam di atas dapur arang atau dapur kayu untuk rasa smoky atau bbq. Gunakan serai dan minyak yang dicampur madu dan gula sewaktu proses BBQ dilakukan. Share Resepi Ayam Bakar BBQ sedap ini dengan rakan-rakan. Selamat Mencuba!
Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close