Resepi Ayam Bakar Madu Mayonis ok? Resepi ini sangat mudah untuk dimasak dan lebih seronok jika kita dapat memakannya ketika berkhemah di tepi pantai mahupun di air terjun.Selain itu,bahan-bahan yang diperlukan juga amat mudah untuk didapati kerana terdapat dikawasan perumahan anda sahaja.Oleh itu,Chef ingin kongsikan resepi yang sedap,murah dan ringkas ini.
Bahan-bahan mentah:
10 ketul kepak ayam
5cm halia – diparut
6 ulas bawang putih – diparut
1 sudu makan madu atau lebih
1 sudu makan gula perang
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 setengah sudu makan mayonis
Butter yang berkualiti
garam
Cara-cara penyediaan:
1.Basuh sehingga bersih kepak ayam tersebut.
2.Gaulkan kepak ayam bersama semua bahan kecuali butter dan diperap selama 5 jam atau lebih.
3.Panaskan oven pada suhu 180 dan alaskan loyang dengan aluminium foil.
4.Susun kepak ayam kemudian letak butter di atas ayam.
5.Bakar selama 45minit-1jam atau hingga keperangan.
P/s:Resepi Ayam Bakar Madu Mayonis lebih sedap jika diperap semalaman kerana bahan-bahan perapan tersebut dapat meresap kedalam kepak ayam.Jika mahu lebih sedap jika anda sediakan pencicah yang dibuat daripada kicap dan perahan limau.