Resepi Ayam Masak Bali
Resepi Ayam Masak Bali ianya seperti masakan rendang tetapi sangat berbeza dari segi rasa dan tesktur.
Bahan-bahan (5-6 orang)
Ayam
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil ketumbar (coriander powder)
1 sudu kecil jintan manis (aniseed)
1 sudu kecil jintan kasar (ground fennel seed)
3 batang serai (2 dikisar dan 1 diketuk)
Kicap pekat
Cili kering
1 tangkai daun kari
3-4 helai daun limau purut
Asam keping
Minyak masak
Garam dan gula
Cara-cara
- Kisar bawang besar, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan kasar, cili kering dan serai.
- Gaulkan bahan yang dikisar bersama-sama kunyit dan kicap pekat. Kemudian perap ayam dengan bahan ini.
- Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali. Bahan perapan jangan dimasukkan lagi.
- Bila ayam sudah agak masak, masukkan bahan perapan tadi. Masukkan juga daun kari, daun limau purut, serai dan asam keping.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan. Selain nasi, boleh juga dihidangkan bersama-sama nasi impit.
About Author
Chef Adam
Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan."Makan kerana ia menggembirakan"
102 Comments
Add a Comment
Cancel reply
This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.
wah…boleh cuba kejap lagi resepi ayam masak bali ni..nanti cikmin post..
wah cepatnya cik min! 🙂
@Amir Said, tak sia2 amir said buat entri ni…hari ni famili cikmin dah boleh makan makanan yg sedap2…resipi khas dr amir said..nice
sama-sama kongsi resepi. nanti aku ikut resepi kt blog cik min plak. hehe. 🙂
@Amir Said, dah buat dah…hehehe…
http://cikmin.com/2010/10/ayam-masak-bali-sago-gula-melaka/
oh malaysia..
memang 1 malaysia la..
macam2 ada..sedap ayam tu
boleh aku kaji nanti..ngeh2
masakan melayu je banyak aku masak. belum 1Malaysia lagi ni. 🙂
@Amir Said, lagi gempak la tu..
mesti semua negeri ko tahu masakan nye yer…=)
salam.. nampak sedap.. masuk list dulu ya.. sebelum tu mintak izin nak c&p resipi, nak letak kat blog k.nor ya… mekasih
wslm. terima kasih kak nor. boleh la kalau nak share resepi ni… sy x kisah.
pandainya dia masak…nnt boleh buat catering la…blogger nak kawen mintak tolong amir said sudah hehe
haha. aku xde la sampai ke tahap caterer. masak biasa2 je. banyak lagi nak kena improve dan belajar resepi2 baru. 🙂
rasa pedas ngan masam laa yea ayam nie ?
boleh cuba tapi tunggu hujung minggu laa .. masak banyak2 hari biasa x ade orang nak melantak pulak .. membazir .. hehe
tak pedas sgt dan tak masam sangat pun. kalau nak pedas, letak la cili kering banyak sikit. asam keping aku letak 2 keping je, so x masam sgt pun… rasanya mcm rendang sket. maybe sbb guna serai dan daun kari kot.
Dh upgrade peha dh, bukan sllu kepak ayam je ke? hehe. Eh, amir dh ade DSLR ke?
dah lama upgrade sebenarnya. haha. dah lama x beli wings. ni aku pinjam DSLR jubek. tgh kumpul duit nak beli DSLR canon. cuti summer nanti boleh ambik gambar2 travel plak. 🙂
@Amir Said, jeles! aku nak travel ke Vietnam, Thai gn Cambodia gk! Tp mcm kene keje awal je! >.<
Btw, kirim salam jube', mesra kamu ye skrg XDDD
ala izul, aku travel dalam Malaysia je. sambil2 tu boleh ambik gambar byk2 utk kategori Santai.
selamat bekerja izul. kalau ada cuti, pegi la jalan2 dulu. nti aku sampaikan salam ko kt jubek.
@Amir Said, ko doalah aku dpt keje khazanah nasional, kalau keje lain aku keje lambat kot.
Yup cuti2x malaysia amir, bagus hehe.
ps: Jom UK Olympic 2010 jumpe Qama. XDDD
bunyi tajuk dia pun dah teliur dibuatnya..hehe
bole cuba ni bro..:)
cuba la… sedap jgk rasanya. mcm rendang sket.
best ni..mesti cuba.i like chicken..hihi
sedapnya… nyum2…
Tak pernah try ni, macam best je…
wah, ada juga ayam masak bali..
nanti nak suruh isteri masak.. bolehlah tau macam mana rasanya
@kulanz, betul, macam baru 1st time dgr. 😀
kena masak baru tau rasa.
@Affan, Aku dah bagitau isteri suruh masak.. tapi tak sempat lagi.. minggu ni busy sikit 😀
@kulanz, seang dan rasanya pun sedap..anak2 cikmin kasi licin semua..erkkk..tak payah pi bali dah bila makan ayam ni..hihihi…
@cikmin, wah best tu kalau dah licin.. tak payah cuci pinggan, hehe..
Salam Amir. Kunjungan balas dari Along. You yang masak ke kat blog ni?
menu ni saya masak kak roz. 🙂
Perghhhh….
memang menyelerakan, kalau tengok gambar lar.
Ni bukan skrg belajar kat Australia ke?
macamana dapat bahan-bahan amsakan kat sana? mudah juga ke?
kat Australia ada Asian Grocery, jual barang2 dapur. Mostly dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam n Filipina. tapi kdg2 susah jgk nak cari bahan2 ni…
@Amir Said, Bagaimana dengan harga? jauh lagi mahal tak?
Kat Australia sana ada banyak ke restoran halal? Mana la tau saya nak melancong ke sana satu hari nanti.
adui..tgh pose…ni,.pose..gnti..heheh..dhla..trlepas…sahur…tdi..trtgok..plk..ni..hehe..mgoda..betul..ayam..ni..nnti nk tryla..lain..skit..huhu
slmt pagi..sedapnya.blh cuba ni
hmmmm…lazatnye…membuka selera makan….wow..dapat imagine rasenye yg sedap..wajib cuber… =)
salam..chef masak rupanya…hik3..boleh betapa amik ilmu sekali nih….hehehe
haha. bukan chef masak la. saya student lagi ni. masak2 ni just my hobby actually. 🙂
nmpk sedap laaa ayam tuhh…
entry resepi ajer ni.. hehe.. terliur jap tgk gambar ayam tu… hehe.. penah try masak ni, mmg rasa lain pun.. sedap kata suami..
skg ni saya nak transform Oh Malaysia jadi blog resepi, travel dan akademik. entri2 pasal Hiburan atau isu semasa dikurangkan. Akan update yang penting2 je… InsyaAllah.
love this!!
bookmarked… hehe, nanti aku try, sebab semua bahan2 cam cukup jerr untuk aku buat… hohohohoho
try la. x susah pun. rasa pun sedap.
adei dapur gas tak beli lagi…nak cuba pun tak boleh…xpe leh save dalam notepad…hehhee
beli la cepat2 dapur gas. pasni masak sendiri je. boleh berjimat + asah bakat memasak. 🙂
adui, lapa pal tengok ayam ni… huhu.
jemput singgah blog kite gak eh.
🙂
emm..sedap nih..
Nampak sedap tu Mer.
🙂
Eh, memang kamu beli bahagian paha je ua?
kat Aussie, bahagian peha n kepak je murah. peha AUD3.99/kilo. kepak AUD2.99/kilo. bhg dada n isi2 mahal sikit.
@Amir Said, oh, macam tu.
dan lagi satu, ni hidangan makan malam kamu ke?
memang kena buka restoren dengan dak archie sydney tu la~
:p
haah. ni dinner kitorg. tp bukan hari ni punya la. bbrp hari lepas.
@Amir Said, sering terbatuk kebelakangan ini, namaku disebut2x rupanya! XDDD
@Lord Zara, menyebut namaku! XDDD
salam kunjungan balas Amir…makasih ziarah blog kiterr…bagusnya pandai masak!sedap2 lak masakan Amir nie…link yer blog Amir nie..makasih!
Terima kasih kak Azatie. Saya pun dah link blog akak kat sini: http://ohmalaysia2020.blogspot.com
terliur aku tengok.. 🙁
Salam Amir..k.atie rasa ikan apapon blh kot sbb yg penting bahan2 sosnya mesti cukup….tue yg menyedapkn ikan!….ikan jaws ada?hikhik
ooo ye ke? thanks kak azatie. nanti saya cuba. 🙂
memang gambar yg sungguh menyelerakan tu bro..mana nak cari ni
mana nak cari ape? senang je nak masak ayam ni. cuba la kat rumah. 🙂
Salam. Kunjungan balas. Semoga sihat dan ceria selalu. Terima kasih atas kunjungan ke teratak Kak_Jah.
Dari gambar kelihatan agak menawan..Rasanya boleh printkan entri ni dan letakkan kat katil mak..hihi (Suruh mak masakkan..)
Entri Terbaru PKE:
Bila The Panas Dalam Menyanyi-Seperti Babi
suruh la mak buat. sedap jgk ayam msk bali ni.
aku paling benci time tgh2 lapa, tertengok gambar makanan plak..hahaha
kalau ada entri2 resepi atau makanan biasanya aku post waktu lunch. hehe. 🙂
OH Malaysia dengan resepi pula sekarang? Huhuhu
malas nak update isu semasa n hiburan kat Oh Malaysia. dalam proses penjenamaan semula utk kali ke-2. hehe. 🙂
@Amir Said, I know u can do it Amir 😉
oh..ingatkan ada letak limau bali ke…menarik gak respi ni..kita salin dulu yer…
Salam Lebaran & kunjung balas..buat Adik Amir Said….wah pandainya adik masak ya!…nanti boleh Akak try resepi yang ada kat sini ya!!!
Salam balas kunjungan dr land of terlebih smile :D, mekaseh dtg singgah, mintak izin link n skodeng2 resepi2 yg best kat sini 🙂 salam kenal2 juga ya 😀
wah menarik! nanti nak cuba..adesss terliur tgk!
nak try masak gak lar…ngat bujang lelaki tak reti ek..huh..
takminat masak tapi minat makan
waa..sedapnye..tkn nk tunjuk jer..bagi la sket..haha
kenapa nama masakkan ni ada BALI??
rajinnya lah ko masak..
btw, nampak sedap je ayam tuh.
dah la bahagian drumstick semua.
part favourite tuhh..
salam en Amir
wah resepi yg dicari2 selama ini..pas ni nak try
thanks sudi kongsi resepi 🙂
Tq Amir berkongsi, kak aku suka part2 tengok part2 nih, ada dia masak semalam , sedap ..aku tambah 3 kali nasik haha..tq bro 🙂
tolong masak kan 😀
Salam Amir,
Kak Ijan baru sampai blog Amir ni… cantik blog ni. Kak Ijan suka susun aturnya. kemas. Gambar pun cantik2 belaka. 🙂
Ayam bali ni kalau buat tak payah pergi bali lagi la kot.hehe
salam amir…masakan disini semua amir msk sendiri ke… rajin dn pandai… dah kawin ke belum…kalau dh beruntung isteri amir…
Tetiba je perut aku berbunyik….
tengah pikir nak suruh sape masak ni
wahhh
ni lagi sedap,hehe
Header Oh Malaysia berwajah bru! bru perasan Amir! biler tukar?? 😀
masuk sini jap just wanna to say cantik header…huhu
Wow~
masakan daribali ke ni?
Sedap!!!~
haritu ade masak balinese ciken gak!
sedaaaaaaaaaappppp!!! 😀
wah..
dier dah pandai masak..
gud2..
ader can nak jadik suami mithali..
hehe..
i’ve tried this…
sedap2…
salam..
akak dah cuba resepi ni.. memang sedapp!! tapi akak mintak maaf sebab dah tukar ayam kepada daging sebab nak habiskan daging korban yg ada… minta izin nak pos resepinya di blog akak ye.. t.kasih!
salam ziarah Amir….menarik tgk resepi ni…saya pun nak tryla nanti….best blog ni..saya follow n link yer…jemput singgah my blog..:)
nampak mcm sedap..boleh try ni..
I am a Balinese…
WANT TO KNOW MORE ABOUT BALI???
visit back !
🙂
wahh, sedapnya. mesti sedap nih. 🙂
kalau masakan yg pelik2 sikit, boleh x???…….
akak dah cuba resepi ni masa wat open house…semua puji sedap…tq amir…
Terima kasih Kak Merin kerana mencuba. 🙂