Resepi Blackpepper Chicken Wing
Resepi Blackpepper Chicken Wing merupakan salah satu resepi ayam yang disukai ramai dan sangat mudah disediakan juga sedap.
Bahan-bahan:
10 ketul kepak ayam – bersihkan & toskan.
3-4 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar ketumbar (ditumbuk)
1 sudu besar jintan manis (ditumbuk)
2 inci halia (ditumbuk)
2-3 biji bawang putih (ditumbuk)
3-4 sudu besar sos tiram
3-4 sudu besar madu
Garam
Cara membuat :
1.Gaulkan semua bahan dengan kepak ayam.
2.Perap ayam selama beberapa jam (semalaman lagi bagus) simpan didalam peti ais.
3.Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit , kemudian bakar kepak ayam selama 1 jam pada suhu 190°-195°.
4.Selepas 30 mnt pertama , terbalikkan kepak ayam dan bakar sehingga garing.
P/s:Resepi Blackpepper Chicken Wing sesuai dimakan dengan nasi panas atau kentang goreng.