Resepi Bubur Cha Cha
Bahan-bahan (3-4 orang)
1 cawan cha cha segera
1 biji ubi keledek (dipotong dadu)
2 mangkuk santan pekat
1 keping gula melaka
1 cawan gula
1 sudu besar sagu (direndam dengan air)
2 helai daun pandan (disimpul)
Sedikit garam
Cara-cara
- Rendam cha cha segera selama 10 minit, rebus sehingga lembut dan kemudian toskan.
- Rebus ubi keledek sehingga hampir empuk dan toskan.
- Masukkan santan, cha cha, ubi keledek, gula melaka, gula, garam, sagu dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak dengan api yang sederhana dan sentiasa dikacau. Masak sehingga mendidih kemudian tutup api.
- Siap untuk dihidangkan.
DM: Sila tambah gula atau gula melaka mengikut citarasa masing-masing.
yiey! this is my fav..! yumm! terus rasa mcm nak buat esok jugakk!~ hehee
Favourite saya jugak. 🙂
lama x makan bubur nih…sedap!!!
fav aku ni mir…ngan satu lagi sago gula melaka…
tak pernah lagi makan sago gula melaka. tapi rupanya macam best.
simple je ni..
kena cuba.. hehee
biasanya aku modified letak durian..
sedap jugak kalau letak durian. tapi tak pernah cuba lagi.
tak pernah makan lagi..macam sedap aje..
emmm…meman best apa tpungnya pnah buat pi dah lupa si…
Teringin nak makan ni. Dulu masa kecik-kecik mak saya selalu buat.
Rawatan Penyakit Eczema Supaya Kulit Kembali Sihat