DagingResepi Sedap

Resepi Daging Dendeng

Bahan-bahan (4-5 orang)

1 kg daging
4 biji tomato
4 sudu besar kicap
1 sudu besar gula
Garam
* 6 sudu besar cili kering yang dikisar
* 15 ulas bawang merah
* 2 sudu besar jintan manis
* 1 sudu besar jintan putih
* Sedikit halia
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Hiris daging nipis-nipis.
  2. Kisar bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Perap daging dengan bahan-bahan yang telah dikisar selama 15-30 minit.
  4. Goreng daging sehingga garing. Ketepikan dulu.
  5. Tumis lebihan bahan yang dikisar tadi.
  6. Masukkan tomato, kicap, gula dan garam secukup rasa. Masak sehingga kering.
  7. Masukkan daging.
  8. Siap untuk dihidangkan.

OM: Kalau daging ni nak nampak lebih gelap, boleh tambah kicap banyak sikit. Terpulang kepada citarasa masing-masing.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

17 Comments

    1. Saya pun 1st time buat. Hari tu ada satu event kat Adelaide ni, ada orang Indonesia jual dendeng (Indofest). Tapi dendeng dia kaler merah. kalau Google kat internet, dendeng banyak yg kaler gelap2 sket.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close