Ikan

Resepi Ikan Bilis Tempoyak

Resepi Ikan Bilis Tempoyak merupakan kepelbagaian masakan tempoyak yang menjadi kegemaran ramai.Resepi ini disediakan bagi penggemar tempoyak yang ingin mencuba masakan tempoyak yang lebih sedap dan mudah disediakan.

image

Bahan-bahan:

1 mangkuk ikan bilis goreng
10 biji cili padi (ditumbuk)
1 inci kunyit hidup (ditumbuk)
3 sudu besar tempoyak
1 biji bawang besar (dihiris )
1 helai daun kunyit
Garam
Gula

1.Tumiskan cili padi , kunyit hidup dan bawang besar dalam kuali hingga garing.
2.Masukkan tempoyak dan daun kuyit dan masak seketika , kemudian tambahkan garam dan gula secukup rasa.
3.Siap untuk dihidangkan.

P/s:Resepi Ikan Bilis Tempoyak sangat sedap dimakan bersama nasi panas dan ulam-ulaman.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close