Resepi Ikan Kembung Rendam Air Asam
Resepi Ikan Kembung Rendam Air Asam ini adalah resepi paling ringkas dan khas buat dapur bujang yang diet tapi nak makan sedap . Seriously memang mudah untuk dibuat , jom cuba .
Ikan kembung
Asam jawa
Belacan
Bawang merah (dihiris)
Tomato (dihiris)
Cili Merah (dihiris)
Cili api (dihiris)
Garam
Gula
(bahan2 diatas disesuaikan mengikut selera masing2)
Cara membuat:
1.Rebus ikan seketika lebih kurang 10-15 min.Jangan lama sangat nanti keras .
2.Dalam mangkuk lain asam jawa diramas dengan belacan dan air (kalau suka kuah pekat kurangkan air dan sebaliknya).
3.Kemudian campurkan bahan2 lain yg telah dihiris dengan campuran air asam jawa dan belacan.
4.Campurkan ikan rebus dan air asam jawa yang disediakan tadi lalu biarkan seketika.
P/s:Resepi Ikan Kembung Rendam Air Asam ini sesuai dimakan dengan nasi panas dan sedap sekiranya ikan direndam dengan lebih lama .Pastikan dihidang bersama air sejuk untuk mengelakkan anda berasa pedas berpanjangan .