Ayam

Resepi Kepak Ayam Madu

Resepi Kepak Ayam Madu sangat mudah disediakan , yang mana penyediaannya hanya memakan masa beberapa minit dan menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari malah resepi ini lazat dimakan untuk hidangan makan malam atau berkelah.

image

Bahan-bahan:
12 keping kepak ayam (dipotong jadi 24)
2 sudu besar minyak masak
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar halia (dicincang)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos cili
4 sudu besar madu
2 sudu kecil lada hitam (ditumbuk kasar)

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih , halia , kepak ayam dan goreng hingga garing.
2.Masukkan sos cili , soso ikan , kicap , lada hitam , madu dan kacau sehingga sebati.
3.Kemudian tutup kuali dan kacau sekali -sekala selama 15 minit hingga kepak ayam masak dan berwarna pekat.

P/s:Jangan kacau kepak ayam terlalu kerap untuk mengelakkan kulit pada kepak ayam tertanggal.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Check Also
Close
Back to top button
Close
Close