Resepi Kerabu Perut
Resepi Kerabu Perut merupakan resepi kerabu yang sedap dan juga memerlukan kemahiran untuk memasaknya , dengan adanya resepi Chef ini lebih mudah untuk kalian menyediakannya .
Bahan-bahan :
250 gram perut lembu direbus hingga lembut
1 biji tomato (dihiris)
1 biji bawang merah (dihiris)
Beberapa helai daun salom (dihiris)
Satu sudu kecil kerisik kelapa
Garam
Gula
2 sudu air perahan limau nipis
1 tangkai lada merah (dihiris)
Sedikit serbuk lada hitam
Cara-cara membuat :
1.Campur dan gaul kesemua bahan hingga sebati
2.Sedia untuk dihidangkan
p/s : Resepi Kerabu Perut ini boleh disediakan dengan menambah ulam-ulaman lain untuk rasa yang lebih pelbagai .