Resepi SedapSeafood

Resepi Ketupat Sotong

Bahan-bahan (5-6 orang)

Sotong
Beras pulut
2 ulas bawang merah – dimayang
1 1/2 inci halia – dimayang
Santan
Garam dan gula
Halba (fenugreek)
Lidi yang dipotong pendek

Cara-cara

  1. Buang lapisan merah pada sotong. Bersihkan kulit dan bahagian dalam sotong.
  2. Rendam beras pulut selama 15 minit. Letak sedikit santan dan garam.
  3. Masukkan beras pulut ke dalam sotong. Tinggalkan sedikit ruang dan cucuk lidi di bahagian hujung sotong.
  4. Rebus sotong yang telah diisi pulut di dalam periuk sehingga beras pulut masak. Kemudian toskan sotong itu.
  5. Masukkan sotong yang siap direbus ke dalam periuk. Kemudian masukkan santan.
  6. Masukkan bawang besar, halia, halba, garam dan gula secukup rasa.
  7. Tunggu dalam masa 10-15 minit. Siap untuk dihidangkan.

Saya cuba buat ketupat sotong ini dengan tunjuk ajar daripada mak saya. Ketupat sotong ini antara hidangan istimewa dari Pantai Timur.

Tags
Show More

Chef Adam

Seorang Bekas Chef di Hotel 5 Bintang terkemuka. Mempunyai kemahiran yang sangat tinggi dan pengalaman yang sangat lama didalam bidang masakan. "Makan kerana ia menggembirakan"

Related Articles

21 Comments

  1. Pingback: Resepi Ketupat Sotong « news@yoys
  2. waaa….nampak sedap jer,tak pernah makan..boleh try nie..tapi dah buat nanti akak sorang yg terkebil kebil makan…anak2 yg pelik sket,terkucil jer laaa…

  3. hehe…
    byk kali I wat nie…
    sedap2…
    i like…
    tp kitorang panggil nie sotong pulut…
    bkn ketupat sotong…

  4. rajin amir masak kt masia ye. Aku try puding karamel haha. lepas ni nk try brownies kukus lapis cheese pulak lol.

    Anyway amir, tgok resepi mcm same dgn sotong sumbat je? ke mmg hampir same? suke sotong walaupun gatal! XD

  5. terima kasih bro…memang aku cari2 resepi ni…

    dulu2…abah aku yg selalu buatkan sotong ni…sekarang, kurang sihat sikit..lama dah tak makan…rindu sungguh pada ketupat sotong ni…

    sedap memang sedap!

    terima kasih bro..terima kasih…

  6. klo kt terengganu, ketupat sotong ni biasa dimakan wktu musim candat sotong….wktu 2 murah la sotong2 tu…klo lg besar, lg sesuai buat ketupat sotong ni…betol x amir?? ^;^…
    mmg best ketupat sotong ni…try la…terbaek wok…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Back to top button
Close
Close