Resepi Kuah Kacang Nasi Impit
Resepi Kuah Kacang istimewa khas untuk dimasak sewaktu raya untuk dimakan bersama ketupat dan nasi impit.
Bahan-bahan (7-8 orang)
15 ulas bawang merah – dikisar
2 ulas bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1/2 inci lengkuas – dikisar
5 sudu besar cili kisar
3 batang serai – dititik
1 tin santan (125-150 mL)
1 keping gula Melaka
4 sudu besar air asam jawa pekat
Gula dan garam
500g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
Cara-cara
- Goreng kacang tanah tanpa minyak. Separuh dikisar hancur dan separuh lagi dikisar separa hancur.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar, santan dan serai. Kacau sekata dan masak selama 5 minit sebelum dimasukkan kacang tanah, gula melaka dan air asam jawa. Masukkan sedikit air jika kering.
- Masak sehingga pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
- Siap untuk dihidangkan bersama-sama nasi impit, sate atau cucur udang.
Untuk kuah kacang tanpa santan, boleh tengok resepi ini.
lorh..mudah je resepi die..hmm..nk try wat ler..wakaka..
amir rajin masak akhir2 ni~~~ 😀
senang jek..main campak22 je..cuma satu jgn la letak ajinamoto..lagi tak sedap rasa nye..ngeeeeeeeehe
x suka masak guna ajinamoto…
salam aidilfitri. maaf zahir dan batin. comel-comelnya, potong nasi himpit tu.hehehe
nasi impitnya kecik. kena la potong kecik2.. haha. 😀
@Amir, org yg mkn tu pun bdn die pun kcik2 jugak kot?? hehehe
sodapnyerr..
wahh… manyak syiouk…. lago syok dengan ketupat bro..hehe
mahu makan ketupat..
layan makan waktu petang sedap ni..
di Australia bawang merah susah nak dapat atau mmg langsung xda bro?
bawang merah memang takde langsung sebenarnya. hehe…
Haiii Amir, singgah dan tengok2 resepi nichh.
Rajin masak yee sama cam kitee. Hii- hii. Salam maniss.
Salam Amir…
Pandai nyer anak bujang perantauan nie memasak… Amir orng Tganu yer.. patut ler kata ngidam sangat nak makan pengat pisang… klu mcm nie Amir pasti boleh buat… kann..kann.. Yang susah2 pong boleh buat inikan pulak yang senang jew…
Salam Amir…
Rajinnya org bujang di perantauan ni masak… bolehlah kongsi idea masak… akak folo you…
wslm kak zurena. sy minat memasak. tp x la reti sgt sbb baru belajar. hehe. 🙂
ntah kenapa cikmin paling tak suka masak kuah kacang sendiri..selalu minta mama buatkan…adoiii..sebab nak makan kuah kacang air tangan mama jugak masaelahnya.. 😛
sy suka makan masakan org lain jgk. kdg2 kita seronok masak, tp x seronok nak makan masakan sndiri. hehe.
Salam Amir, tq singgah blog saya yer.Wah ada kuah kcg kat sini.Emmmm nyum nyum….my fav tu…
wslm…. terima kasih jgk singgah. nti ada masa sy singgah lagi blog kak azian. 🙂
salam ziarah…..salam ukhwah…
1 tin santan tu brape ml?
dalam 125-150 mL.
salam..yang ni untuk berapa orang makan?(anggaran)
Dalam 7-8 orang.
nak tanya kuah kacang kena letak santan ke?
Ada resepi yang letak santan, ada resepi yang tak letak. Saya suka kuah kacang yang ada santan.
saya baru nak belajar nak buat kuah kacang
Aslm Amir,
Kalau nak buat kuah kacang agaran 3 org mcm mana? Bleh tunjuk ajar pada rin?
Kalau 3 orang, cuba kurangkan sikit bahan-bahan:
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5 sudu besar cili kisar
2 batang serai (diketuk)
1/2 tin santan (125-150 mL)
1/2 keping gula Melaka
Gula dan garam
300g kacang tanah
Minyak masak untuk menumis
X masukkan udang kering ke
Resepi mak saya ni tak guna udang kering.
pehhhh.. sedap wey. boleh try x?
saya ska semua resepi yg ada.tima kasih…..smua sedap2….
kalo nak tau resepi ni amat sesuai utk yg vegetarian mcm sy. sbb x perlu letak udang kering atau belacan. sy pasti cuba esok nk mkn dgn tauhu sumbat atau ketupat segera. thx en amir.